Hatrik di Carta Indie Kita – ‘Berbisik’ Terus Jadi Siulan Peminat Plague of Happiness

oleh Rafidah Rosman
0 komen 1.3K bacaan

Kredit: Plague of Happiness

Sebagai peminat Plague of Happiness, pasti anda tidak ketinggalan untuk mendengar album ketiga mereka yang berjudul Dominion. Antara lagu di dalam album ini yang menjadi kegemaran ulang dengar ialah Berbisik. Tidak lari dari konsep asal Band, nada Ska Punk tetap manis diadun bersama lirik yang romantis. Pasti akan ada yang tersenyum ketika mendengarnya sambil menghayati bait-bait lirik yang puitis dan indah.

Antara bait-bait lirik yang menarik dan manis untuk halwa telinga ialah ‘Aku rindu… Siulan nada suara mu, Menyapa enak roma iramaku, Seakan tahu, Bila bayangan wajahmu menghantui setiap Iangkah Iangkahku, Bila sang angin sering berbisik namamu’. Penulis secara peribadinya memang telah lama jatuh cinta dengan lagu Berbisik sebelum ianya dimuatkan di dalam album Dominion lagi, iaitu sejak ia didendangkan di dalam gig-gig kecil terutamanya di sekitar Johor Bahru. Cukup unik, cukup manis, cukup indah alunan lagu dan liriknya diadun mesra menjadi satu karya yang tidak bosan untuk diulang dengar.

Mengungguli Carta Indie Kita di Stesen Radio Rakita 107.9 selama tiga minggu berturut-turut, lagu Berbisik telah berjaya mendapat anugerah Lagu Indie Platinum pada minggu ini. Ternyata naskah ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk menjadi lagu paling hits dalam album terbaru ini. Mungkinkah lagu Berbisik mampu membisikkan Anugerah Lagu Indie 2023?

Jika ada yang mahu mendengarkan lagu ini secara live, Plague of Happiness akan turut serta dalam Gig Rakyat Jelata pada 26 Ogos ini di Rooftop City Plaza. Selain itu, Plague of Happiness turut mengadakan Dominion Tour sejak bulan Mei sehingga hujung tahun ini. Di Dominion Tour yang telah berlangsung sebelum ini,  kelihatan wajah-wajah baru dan muda mula menunjukkan minat dalam muzik bawah tanah ini. Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik untuk kita kekalkan citarasa minoriti ini untuk jangka masa yang lebih lama.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅