Post Malone Nyanyi Lagu Pearl Jam ‘Better Man’, Undang Pelbagai Reaksi

oleh Chiv Iscandar
3.6K bacaan

Rapper Post Malone menerima pelbagai reaksi pujian dan kecaman gara-gara nyanyian cover lagu hits Pearl Jam, ‘Better Man’ semasa sesi akustik dalam Howard Stern Show baru-baru ini.

Lagu Pearl Jam tersebut adalah cover terkini beliau selepas set lagu-lagu Nirvana dalam konsert livestream kuarantin pada tahun 2020 dan beberapa lagi termasuklah ‘Walk’ Pantera. ‘Better Man’ dipetik daripada album ‘Vitalogy’ (1991) dan merupakan antara karya Pearl Jam terbaik dalam koleksi Grunge mereka.

Dalam sesi tersebut, Malone menyanyi dengan penuh emosi sambil hisap rokok dengan diiringi gitar akustik oleh Andrew Watt, penerbit album solo vokalis Pearl Jam, Eddie Vedder. Menurutnya, lagu itu merupakan memori semasa kecil apabila bersama abangnya, seorang tentera yang sering memainkan lagu itu.

Rata-rata, ramai peminat berasa agak terpegun dan berpendapat, ia adalah persembahan yang ‘OK’ dengan mengambilkira latar belakang beliau yang berasal daripada seorang rapper.

Namun, terdapat sebilangan besar juga yang mengecam persembahan Post Malone itu.

I’m going to go have brain surgery so I can remove this from my memory

 

There’s still hope for all of us who sing in the shower to be famous!

 

Didn’t need a better man to sing this song.

 

No-one can sing like Eddie. Stop trying…for humanity…please stop.

 

Feels like I just got fed a shit sandwich!

Post Malone adalah rentetan generasi rapper milenial yang mengidolakan muzik Rock, Grunge, Punk Rock dan seperti MGK, juga mempunyai keupayaan bermain gitar.

Kombinasi unsur rap dan pop dalam penciptaan lagu beliau telah menampilkan beberapa antem popular antarabangsa seperti ‘Circles’, ‘Rockstar’ (Savage 21) dan ‘Better Now’.

Anda rasa bagaimana? Di Malaysia, ada ke rapper versatil sebegini?

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅