Radiohead Bereksperimentasi Dalam In Rainbows

oleh Azam Gilmour
2K bacaan

Radiohead mula merakam In Rainbows seawal 2005. Pada tahun berikutnya, selepas beberapa sesi rakaman bersama produser baru Spike Stent tidak membuahkan hasil, mereka membuat keputusan untuk jelajah di negara-negara Eropah dan utara Amerika, dan memainkan beberapa material baru. Selepas mereka menamakan semula produser yang pernah berkolaborasi dengan mereka Nigel Godrich, mereka kembali merakam lagu di rumah country style Halswell House dan Tottenham House, Hospital Club di London dan di studio mereka di Oxfordshire.

http://https://youtu.be/xpqk9MD6vLM

Radiohead bereksperimentasi pelbagai jenis muzik, menggabungkan instrumentasi rock dan elektronik, strings, piano dan ondes Martenot. Liriknya juga kurang isu politik malah lebih kepada hal-hal peribadi berbanding album-album mereka sebelum ini.

Label besar EMI, yang ketika itu telah dimiliki oleh Terra Firma berharap Radiohead boleh menandatangani kontrak baru bersama mereka, tetapi Radiohead tidak yakin dengan pengurusan baru dan perundingan mereka gagal untuk dapatkan katalog album-album lama Radiohead.

Sebaliknya, mereka mengeluarkan sendiri In Rainbows dalam talian dan membenarkan peminat menetapkan harga mereka sendiri, dengan mengatakan, ini membebaskan mereka daripada format promosi konvensional dan menghapuskan halangan kepada peminat. Rilisan pay-what-you-want ini adalah yang pertama oleh artis mainstream, telah menarik perhatian media antarabangsa dan tercetus perdebatan tentang implikasi terhadap industri muzik. Tidak kurang juga yang memuji dimana mereka mencabar dan mencari jalan untuk terus berhubung dengan peminat, manakala yang lain merasakan hal itu boleh memberi kesan buruk bahaya kepada artis yang kurang berjaya.

Radiohead mempromosikan In Rainbows dengan siaran webcast, video muzik, lagu-lagu remix, mengadakan pertandingan cipta muzik video dan jelajah serata dunia.

Jigsaw Falling into Place dan Nude dilancarkan sebagai single dari In Rainbows, dan Nude menjadi lagu pertama mereka yang tersenarai dalam 40 tangga teratas dalam carta di Amerika sejak Creep, pada 1992.

Rilisan fizikal In Rainbows menduduki tangga teratas carta album di UK dan Billboard 200 di Amerika. Sehingga Oktober 2008, In Rainbows terjual lebih tiga juta unit seluruh dunia, dan diiktiraf platinum di UK dan Kanada, Gold di Amerika, Belgium dan Jepun. In Rainbows tidak terlepas dari kritikan dari media dan peminat, membawa pulang Anugerah Grammy untuk kategori Best Alternative Music Album dan Best Boxed or Special Limited Edition Package, dipilih sebagai salah satu album terbaik tahunan dan dekad. Majalah Rolling Stone mengemaskini senarai mereka dengan meletakkan In Rainbows ditangga ke-335 dalam 500 Greatest Albums of All Time pada tahun 2012, dan ditangga ke ke-387 pada tahun 2020.

SELAMAT ULANGTAHUN KE-15 IN RAINBOWS!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅