Sambut Tahun Baharu Bersama The Times, Gerhana Skacinta, Joanna & Co dan Subculture di Zepp KL!

Setiap kugiran bakal lakukan persembahan selama 1 jam non-stop demi peminat.

oleh Fatin Zahra
1.6K bacaan

Jika anda merindui The Times, Gerhana Ska Cinta, Joanna & Co dan Subculture, inilah masanya untuk menyaksikan empat kugiran ini beraksi di pentas bertaraf antarabangsa, Zepp Kuala Lumpur pada tahun baharu 2023 nanti!

Menurut penganjur, Eraventures Events, ini merupakan konsert pertama mereka yang telah dirancang sejak pandemik lagi. Menjanjikan persembahan yang mantap, kugiran-kugiran ini bakal melakukan persembahan selama 1 jam non-stop, khas untuk melunas rindu peminat-peminat di luar sana.

Menurut pengerusi Indie Alliance Akmal Muhammad, konsert ini dijalankan untuk membantu kugiran yang terkesan dengan COVID-19.

Selama 2 tahun, banyak aktiviti yang terpaksa ditangguhkan. Kebanyakkan kugiran ini juga kehilangan mata pencarian masing-masing. Oleh sebab itu, kami adakan konsert ini sebagai ‘pembuka jalan’ agar mereka dapat kembali dan beraksi semula dihadapan peminat.

Bertepatan dengan tagline mereka – “If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together” – empat kugiran yang berbeza genre ini juga akan menerbitkan sebuah album kolaborasi yang mengandungi 10 buah lagu pada hari konsert dijalankan nanti.

The Times, Gerhana Ska Cinta, Joanna & Co dan Subculture juga turut menyuarakan kegembiraan mereka untuk beraksi di pentas berprestij tersebut. Rugi rasanya jika anda tidak turut serta untuk melihat dan merasakan sendiri bahana yang bakal ditampilkan oleh mereka yang mempunyai gabungan pengalaman selama 1 abad ini!

Pembelian tiket boleh dilakukan sekarang di laman web Ticket Empire. Tak ada duit? Jangan risau, anda boleh split payment kepada 3 bulan menggunakan Atome!

indie alliance malaysia

@gerhana_skacinta X @subculturemalaysia X @thetimes20 X @joanna.and.co

@eraventuresevents @lampuneonent @ticketempire @nrtartenterprise @marsyamarissaenterprise @musicaddicts.my @zeppkualalumpur

#indiealliancemy

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅