Setiap kali masuk bulan September, mesti laman media sosial anda akan dibanjiri dengan meme lagu Wake Me Up When September Ends dari Green Day kan? Takyah tipu la, buka sahaja Facebook, mesti ada segelintir orang berbincang dan buat lawak pasal lagu ni. Tak cukup dengan itu, di Twitter juga sampai trending lagu Wake Me Up When September Ends ini.
Selepas itu, gambar-gambar Billie Joe Armstrong, vokalis Green Day sedang tidur mesti muncul contohnya yang ni:
Akan tetapi, walaupun lagu ini menjadi jenaka dalam kalangan kita, tetapi ia menjadi kisah sedih bagi Billie. Selama ini kita dianggap tidak ada adab dengan kematian seseorang. Kenapa penulis cakap macam ini? Sila sambung baca artikel ini.
Mari penulis letakkan lagu Wake Me Up When September Ends di sini, jadi anda boleh feel sambil baca artikel ini:
Lagu yang Ditulis Khas Untuk Pemergian Ayah Billie Joe Armstrong
Sebenarnya Billie Joe Armstrong menulis lagu Wake Me Up When September Ends untuk menceritakan tentang perasaan selepas kehilangan ayahnya. Andrew Armstrong, bapanya meninggal dunia setelah bertarung dengan kanser esofagus pada bulan September 1982 ketika Billie baru berusia 10 tahun.
Setiap kali memasuki bulan September, Billie merasakan dirinya seperti gelandangan. Ini apa yang dikatakan oleh dia sendiri:
“The month of September being that anniversary that always is just, I don’t know, kind of a bummer. I think about him every day. I kind of avoided writing about him for many years and then finally having a breakthrough. It felt good. It wasn’t a negative emotion so much, but just honouring him.”
Kalau anda belum tahu, tajuk lagu sebenarnya apa yang dikatakan oleh Billie kepada ibunya selepas bapanya meninggal dunia. Billie juga membuat jenaka mungkin dia boleh tulis lagu berjudul ‘Shut the Fuck Up When October Comes’.
Rentetan daripada itu, ramai dah sebenarnya orang mengatakan supaya berhenti membuat jenaka dengan lagu ini kerana ia mengisahkan tentang kematian seseorang.
This is your annual reminder that Billie Joe Armstrong wrote ‘wake me up when September ends’ about the death of his father & your jokes aren’t funny.
— Josie🌻 (@JosieEatWorld) September 1, 2021
every september I wake up to green day trending so pic.twitter.com/x4nwgJUjQz
— ⋆⁺₊⋆ ☾⋆⁺₊⋆ (@eIkwoods) September 1, 2020
It’s September 1.
Your yearly reminder that the Green Day song “Wake Me Up When September Ends” is about Billie Joe’s dad dying when he was a kid. pic.twitter.com/xRPgIYTMkA
— Skritch (@monstercollie) September 1, 2021
Gantikan Lagu Wake Me Up When September Ends dengan Lagu Redundant
Sebenarnya bukan suruh anda berhenti dengar lagu Wake Me Up When September Ends, boleh sahaja, tetapi hentikan jenaka atau meme lapuk dan hayatilah ia dengan betul. Mungkin lagu ini boleh dimasukkan dalam senarai main lagu sedih anda ke?
Daripada anda buat jenaka lapuk itu, mari penulis cadangkan satu lagu dari Green Day berjudul Redundant. Lagu ini sangat berkait rapat dengan situasi hidup kita sekarang. Nak tahu kenapa? Awal liriknya sahaja mesti anda akan faham. Tak perlu tulis panjang-panjang, anda dengar sahaja lagu itu.
Sumber: