Sheila On 7, Hindia Takluk Peminat Malaysia Dalam Fiesta Latihan Pestapora MY

oleh Chiv Iscandar
0 komen 834 bacaan

Sheila On 7 menakluk arena tempatan dengan set yang menggamit kegemilangan nostalgia Indo Pop kepada peminat-peminat yang hadir dalam fiesta Latihan Pestapora MY di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam 26/7/2025.

Mereka mempersembahkan hampir 20 lagu-lagu koleksi malar yang mengesahkan status mereka sebaguh jaguh Indo Pop di persada muzik.

Para peminat daripada segenap lapisan umur memenuhi keseluruhan ruang padang stadium bagi menyaksikan anggota asalan Duta, Eross dan Adam.

Memulakan set pada jam 9.55 malam, Duta dan rakan-rakan muncul dengan perwatakan santai dan liburan yang sinonim dengan identiti mereka.

Walaupun berlaku kecacatan teknikal audio pada permulaan set mereka yang mengendurkan sedikit ‘feel’ para penonton tapi oleh kerana nama mereka ialah Sheila On 7, peminat tetap setia menghayati koleksi lagu-lagu mereka. Duta kelihatan resah tetapi mereka tetap bersemangat demi peminat-peminat.

(Nampaknya ada pihak yang mungkin terpaksa menghadapi surat tunjuk sebab atas perkara ini)

Kemuncak set mereka ialah ketika mereka menyampaikan karya-karya klasik daripada album-album terawal mereka sejak awal era 2000-an seperti Dan, Bila Kau Tak Di Sampingku, Sephia, Pemuja Rahasia dan Berhenti Berharap.

Dan apabila lagu Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi dimainkan, seluruh stadium bergema dengan singalong para penonton.

Terdahulu, barisan band-band seberang seperti Feast, Barasuara, Efek Rumah Kaca dan Hindia yang dibawakan khas sempena festival muzik Pestapora yang akan berlangsung 5, 6 & 7 September depan di Jakarta muncul menghangatkan suasana fiesta.

Hindia, terutamanya jelas tidak menghampakan dengan aksi dan pencernaan muzikal ala puisi yang disulam dengan elektro indie pop.

Manakala di pentas Hingar Bingar, aksi-aksi lokal seperti Yonniboi, Sonaone, Lil J memeriahkan suasana konsert kepada para penonton.

Walaupun lebih banyak tumpuan diberikan kepada band-band seberang, band-band lokal Bunkface, Bittersweet dan Salamuzik juga wajar dipuji kerana memberikan persembahan yang komited dan berdaya saing, satu perkembangan dalam arena hiburan lokal yang perlu diteruskan.

Sheila On 7 mengakhiri persembahan dengan lagu Itu Aku manakala selepasi tu, Feel Koplo pula mengambilalih dengan koleksi remix Dangdut Koplo lagu-lagu antarabangsa seperti Yellow Claw, Rihanna – menutup tirai fiesta dengan bergaya.

Bagi sesetengah orang, Sheila On 7 adalah peneman kehidupan ketika di usia muda dan seperti tertulis kisah klasik dari masa depan, nostalgia yang dibawa oleh Duta semalam pasti memberikan anugerah terindah kepada mereka.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅