The Kasanovas: Memanifestasikan Funk Rock & Blues Sebagai Halatuju Band

oleh Aqil Syakir
2.3K bacaan

Genre funk rock: Sebuah genre yang melakurkan muzik funk dan rock. Berdasarkan Britannica, genre Funk mementingkan irama yang popular pada tahun 1970-an dan awal 1980-an yang menghubungkan jiwa dengan gaya muzik Afrika-Amerika.

Kali ini, kami ingin memperkenalkan anda semua sebuah band dari Malaysia yang memang sangat obses dengan genre funk rock ini.

Band tersebut bernama The Kasanovas, mereka mula berkongsi pengaruh muzik yang sama iaitu funk rock dan blues sejak pertengahan tahun 2016 lagi. Mereka dipengaruhi oleh alunan muzik dari band-band seperti:

  • Red Hot Chili Peppers.
  • John Mayer Trio.
  • The Jimi Hendrix Experience.
  • Gugun Blues Shelter.

Lirik dan alunan muzik funk rock mereka sangat mementingkan elemen luahan perasaan dan kekusutan masalah dunia secara kritikal.

Mungkin anda tidak tahu bahawa mereka telah melakukan persembahan di beberapa gig serta menjadi tetamu jemputan untuk stesen radio:

  • Menjadi tetamu jemputan untuk Traxx FM (15 Mac 2017).
  • Featured Act Merdekarya Gig (15 Februari 2018).
  • Amitee Showcase (5 Ogos 2019).
  • WKV Entertainment Live Online Gig (26 Julai 2020).
  • Kasanovas Comeback Show X Drum Asia (31 Mac 2021).

Selain itu, The Kasanovas pernah perform untuk beberapa gig di ruang acara yang terkenal seperti Urbanscapes, The Bee Publika, The Square Publika, Modescape @ Quill City Mall, Merdekarya, Ruang Irama, Unit 23 dan banyak lagi.

Buat masa sekarang, The Kasanovas hanya melepaskan single sulung berjudul Kasanovas In Town. Pada pendapat penulis, mereka berjaya melakurkan muzik funk rock dan vokal garau dari penyanyi utama, menjadi satu single yang menyebabkan anda semua ketagih mendengarnya.

Anda boleh mendengar lagu Kasanovas In Town di bawah:

Mereka juga sekarang dalam proses merakamkan album sulung dan bakal dilancarkan pada tahun 2022. Diharapkan mereka bakal membuat konsert atau mini konsert untuk pelancaran album tersebut.

Mari kami perkenalkan ahli kumpulan The Kasanovas:

Nabil Nazmi (gitaris dan vokalis).

  • Bekerja dengan Astro Sdn Bhd sebagai talent & gitaris untuk Akademi Fantasia.
  • Pernah melakukan persembahan dengan OAG & menggubah persembahan Suara Takbir untuk Aliff Aziz, Nina Nadira & Shamel AF untuk Kempen Astro Raya.
  • Mendapat Gred 7 dalam Diploma Muzik UiTM untuk Gitar Klasik

Ayie Rie (gitaris).

  • Berkecipung dalam industri muzik selama lebih dari 10 tahun.
  • Pernah memasuki akademi muzik.
  • Menjadi sesionist untuk band-band di Malaysia

Jimmy (Bass).

  • Mula bermain gitar bass sejak umur 12 tahun.
  • Perintis dalam Diploma Teknologi Muzik di MSU.
  • Pernah menjadi ahli muzik di bawah naungan Warner Music Malaysia.

Fawwaz Bazli (pemain dram).

  • Peserta untuk World Association of Marching Band Shows.
  • Ahli kumpulan Management & Science University’s Music Club.
  • Sebahagian daripada barisan drum Kolej Sultan Ismail.

Untuk sebarang perkembangan terkini, anda boleh rujuk media sosial The Kasanovas:

Sumber:

  1. Britannica.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅