All Stars Session dan Soul Feast – Inisiatif Kreatif Converse Malaysia Dekati Gen Z

oleh Rahmat Mohd Did
831 bacaan

Converse Malaysia terus memperkukuhkan jenama mereka menerusi inisiatif komuniti; Converse Connect With The Unexpected. Create Now Create Next dengan perlaksanaan fasa ketiga dan keempat kempen tahun 2023, Converse All Stars Session & Soul Feast yang mendekati generasi muda atau lebih dikenali sebagai Gen Z.

Acara yang berlangsung pada 10 Jun 2023 di Kuala Lumpur itu lari daripada kebiasaan di mana All Stars Session mengetengahkan dua figura terkenal, Qi Razali (ex-OAG/pelakon/pengacara) dan Loque (Butterfingers/Monoloque) berkongsi kepada generasi baharu tentang sisi kreatif perjalanan seni mereka serta ruang dan peluang yang boleh diteroka melalui perniagaan. DJ Munjiy yang juga salah seorang ahli All Stars Team turut berkongsi tentang pengalaman dan visinya bersama Converse.

Soul Feast pula memberikan pengalaman unik dalam dunia gastronomi dengan memperkenalkan The Choobs, seorang DJ/produser dan pemilik cafe “Cue at 27” dan Chef Haqiemaoki, seorang artis visual yang turut mengendalikan restoran pop-up di sekitar Kuala Lumpur. Kedua-keduanya yang juga ahli All Stars  memberikan defininasi baharu kepada penyediaan makanan dengan mengetengahkan Soul Feast yang lebih unik dan kreatif.

Seorang lagi ahli All Stars, Abdul Shakir aka Grasshopper turut memukau tetamu yang hadir dengan persembahan projection mapping.

Kempen Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next – Converse All Stars Workshop & Soul Feast menghimpunkan barisan pempengaruh Converse bersama komuniti All Stars untuk memperkasakan lagi komuniti anak muda yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat. Kempen ini turut mendapat kerjasama Common Ground Bukit Bintang.

Komuniti dan wakil media yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Late Night Frequency.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅