Arena Rap Tradisi: Gabung Elemen Tradisional dan Rap

oleh Rahmat Mohd Did
2.3K bacaan

Arena Rap Tradisi merupakan sebuah projek berkonsep pertandingan rap anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Akhir, Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Ia akan diadakan pada 23 Januari 2021 dan bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA. Projek ini diinspirasikan daripada elemen tradisional dan digabungkan dengan elemen rap yang begitu sinonim dengan perbuatan menyampaikan puisi secara lisan dengan bait-bait perkataan yang diiringi ritma atau melodi.

Pertandingan ini mengetengahkan elemen-elemen tradisional seperti olahan lirik

daripada puisi tradisional seperti pantun, syair dan gurindam serta penggunaan

beberapa alat muzik tradisional dalam membentuk ritma dan irama yang akan

mengiringi penyampaian rap di dalam segmen-segmen tertentu. Kesemua elemen ini merupakan keistimewaan dan kelainan bagi pertandingan ini selain penetapan tema yang berunsurkan seni dan budaya Malaysia yang akan diberikan kepada peserta.

Selain itu, stail dan variasi rap para peserta juga akan ditekankan di dalam

pertandingan ini. Antara juri tetap bagi pertandingan ini ialah Encik Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet yang merupakan seorang komposer, penyanyi dan rapper yang telah lama berkecimpung di dalam industri seni tanah air. Seterusnya, Encik Azrie Izham merupakan seorang penulis skrip, penulis kreatif dan pensyarah di ASWARA.

Projek Arena Rap Tradisi ini diharapkan agar dapat membuka peluang perkongsian ilmu pengetahuan baharu yang berkait rapat dengan edu-taiment malahan ia mampu menjadi satu konteks silibus pendidikan seni persembahan di Malaysia. Acara ini akan melibatkan ahli-ahli akademik, penggiat seni tanah akhir, serta peminat – peminat budaya Hip Hop atau rap khususnya.

Ikuti laman Facebook Arena Rap Tradisi untuk menonton pertandingan ini secara live!

Kredit: Dania Aminurdin

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅