Avril Lavigne Dapat Suami Baru (Mod Sun), Bakal Perluas Empayar Famili Punk Rock Travis-MGK

oleh Iscandarz
2,946 views

Permaisuri punk sedunia, Avril Lavigne akhirnya menemui jodoh baru dengan suami ke-3 iaitu artis rapper-punk Mod Sun.

Dalam status IG hari ini, Avril memberitahu tentang lamaran Mod Sun kepadanya di hadapan Menara Eiffel Tower semasa bercuti di Paris sambil menyarungkan cincin berlian ke jari Avril.

Kelihatan jelas Avril yang kini berusia 37 tahun gembira di samping Mod Sun dengan berlatar belakangkan Eiffel.

Perkahwinan Avril-Mod Sun akan melengkapkan apa yang dipanggil empayar famili Travis Barker-MGK iaitu 4 pasangan punk rock termasyhur iaitu:

1) MGK & Megan Fox

Asal-usul pasangan Punk Rock termasyhur iaitu bagaimana pelakon superhot Megan Fox (Transformer) bertemu dengan MGK di set penggambaran pada tahun 2019 dan memilihnya sebagai teman istimewa.

2) Travis Barker & Kourtney Kardashian

Travis juga berpacaran dengan Kourtney, adik selebriti ulung Kim Kardashian sejak 2020 dan baru-baru ini telah berkahwin.

3)  Pete Davidson & Kim Kardashian

Pete, seorang pelakon komedi dengan kegemaran punk rock juga mejadi pilihan Kim yang akan mengakhiri perkahwinannya dengan Kanye West.

4) Avril Lavigne – Mod Sun

Semua MGK, Travis, Pete dan Mod Sun adalah rakan baik (best friends forever) dan sering bekerjasama satu sama lain dalam projek-projek lagu dan studio.

Untuk rekod, Punk Rock kembali menguasai persada hiburan antarabangsa apabila ramai selebriti Hollywood mengikut jejak pelakon Megan Fox yang memilih artis punk rock seperti MGK sebagai pasangan teman hidup.

Avril bertemu Mod Sun ketika rakaman lagu Mod Sun ‘Flame‘ yang diterbitkan oleh Travis Barker pada tahun 2020. Sejak itu, mereka kerap bertemu dan berdating.

Sebelum Mod Sun, suami Avril ialah vokalis Nickelback, Chad Kroeger (2013-2015) dan vokalis Sum 41, Deryck (2006-2010).

Ramai peminat menyokong perkahwinan Avril dan meminta Mod agar menjaga punk princess mereka elok-elok. Semoga jodoh Avril – Mod Sun berpanjangan.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati