Setelah 2 tahun kemunculan sulung epik mereka pada tahun 2022, Barbarik akan kembali meledak di pentas Zepp, KL pada 28 Jun 2025 depan dalam konsert ‘Barbarik Pentas Peluru Cokelat‘.
Para peminat yang hadir pasti masih terngiang-nginag peristiwa silam konsert Barbarik ‘Pentas Keras’ di Zepp pada tahun 2022 itu dengan kegasaran gitar Jo Branko, penampilan ulung vokalis Mus serta kemunculan artis jemputan arwah Mael XPDC semasa itu. Maka 28 Jun ini adalah masa terbaik bagi para peminat untuk merasai gegarannya semula.
Pada konsert kali ini, Barbarik akan membawakan lagu-lagu terbaru daripada albun ‘Peluru Cokelat‘ seperti Peluru Cokelat, Kayu Golok (Cromok), Marcapada, slow rock mantap Kasmaran Selamnya, Didakap Pesona, instrumental syahdu ‘Gelap Nan Terang serta klasik-klasik mereka terdahulu.
Artis undangan atau kemunculan ‘cameo‘ masih belum diumumkan secara rasmi namun dijangka akan ada kejutan yang pasti memberi pengalaman menarik.

Tiket-tiket kini sedang galak dijual pada harga RM150 (CAT 1), RM280 (CAT 3 VIP Seating) dan RM380 (CAT 2 VVIP Seating) melalui pautan: www.ilassotickets.com/barbarikpentaspelurucokelat
Sila dapatkan tiket dan bersama menghadapi rentapan peluru Rock & Roll Barbarik!
#ChivasAlexandria