Penulis: Uzai
Ucapan vokalis utama Bittersweet seakan-akan memberi hint bahawa mungkin farewell mutlak bagi kugiran itu belum terjadi lagi. “…comeback ke macam mana tak sure, tapi yang pasti kita tutup buku dulu,” kata Hafizan dalam nada yang tidak jelas sebelum menamatkan malam Bittersweet: Years Of Sing & Shout dengan lagu Kucing Hitam. Tekaan aku, mungkin mereka perlukan masa panjang untuk hiatus sebentar dan perbetulkan keadaan.
Goosebumps demi goosebumps aku rasakan mendengar semula lagu-lagu Bittersweet dimainkan secara live. Pace persembahan memang sangat ngam, di mana ada dinamika di dalam setlist yang Bittersweet bawakan. Seperti nama band itu sendiri, fans yang hadir dapat rasakan pahit manis yang Bittersweet lalui dalam indiestry ini. Montaj-montaj yang dipamerkan dari zaman XFM, Homegrown, dan Summersonic benar-benar menggamit kembali zaman kegemilangan mereka.
Lineup yang bertukar-bertukar juga diselang-seli dalam farewell show kali ini. Favourite aku sendiri semestinya Hafizan, Herri, Emai dan Moon, kerana mereka adalah first lineup yang aku usha secara live. Era Piji hanya dapat ditonton di dalam YouTube sahaja dan mungkin dek kerana isu-isu dalaman, beliau tiada pada malam itu.
Herri pula berjaya mengkacaukan jiwa-jiwa Bittersweet yang bagaikan siaran terganggu apabila beliau menyanyikan masterpiece mereka iaitu Hilang. Personally, ini memang the best show Bittersweet pernah persembahkan seperti lirik lagu Four Years Of Sing Shout itu sendiri iaitu, “A great story to tell the crowd“.