Blues Gang akan menjadi headline karnival ‘nature & music’ BLUES VALLEY JAM (BVJ23) edisi kedua untuk tahun 2023 yang akan berlangsung di sebuah resort tepi sungai yang nyaman di Pangson, Hulu Langat pada 16 September 2023. Terdapat juga beberapa band jemputan dan pemuzik pilihan Blues Gang yang akan turut serta. Kebanyakannya adalah pemuzik blues tempatan dari seluruh negara.
Dengan tema KAMI SAYANG BUMI terdapat banyak aktiviti di acara ini termasuklah aktiviti menanam pokok buah, upcycling, pembersihan sampah dan yang paling penting – bagaimana kita melupuskan sampah sarap kita! Juga nanti ada bengkel muzik dan bengkel seni, drum circle, barbeque all day round dan paling penting… KOPI!
Bisaa… boleh mandi sungai juga sebab sungai Pangson yang bersih jernih kat sebelah resort sahaja. Boleh juga untuk bercamping sebab kawasan sekitar sangat luas untuk aktiviti rekreasi berkhemah (terhad untuk 50 khemah sahaja)
Untuk pengunjung yang mahu bermalam sempena BVJ23, terdapat banyak pusat rekreasi dan resort yang cantik sepanjang jalan Hulu Langat ini, kena book awal nampaknya.
Selain meraikan ulangtahun ke 50 Blues Gang, acara ini ialah sebagai pengenalan kepada lebih banyak acara bersama Blues Gang di masa depan, menyambung legasi karya ahli-ahli BG yang telah tiada, mencipta suasana yang unik, berbeza dari biasa.
Jadi, kami tak sabar untuk berjumpa anda semua pada cuti Hari Malaysia 16 September 2023 nanti, kemasukan sangatlah terhad dan eksklusif maka tuan-puan boleh menghubungi kami di pautan di bawah untuk mendapatkan tiket Early Bird yang agak berpatutan.
JAGA BUMI KITA, hargai seniman kita dan terus sokong pemuzik tempatan.
Terima kasih, nanti jumpa.
Kepada yang berminat boleh Whatsapp Seir Rashid di 0163973447