Pernah dengar tentang Post-Concert Depression atau PSD? PSD bukanlah satu terma medical tetapi ialah keadaan di mana anda tak boleh move on daripada perasaan puas yang teramat sangat semasa menonton sesebuah konsert. Kesannya, anda akan asyik teringat-ingat betapa paras endorphin anda melonjak naik semasa menonton konsert tersebut sehingga menghilangkan stress yang telah lama terpendam dan seolah-olah tidak berada di alam realiti, masih terkenang-kenang, terngiang-ngiang walaupun sudah berhari-hari konsert tersebut berlalu.
Lihat sahaja di media sosial, di Tik Tok terutamanya. Masih ramai lagi yang memuatnaik video konsert Muse yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Siapa je boleh move on kalau band yang ditunggu-tunggu berbelas tahun akhirnya hadir di depan mata. Padu pulak tu!
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa sebenarnya. Normal jika anda mula rasa down selepas tamatnya konsert yang anda tertunggu-tunggu. Ye lah, bayangkan persediaan yang anda lakukan sebelum ke konsert. Beli tiket je dah beberapa bulan lebih awal. Lepas tu planning pula. Ramai yang menghabiskan masa untuk merancang dan berbincang dengan rakan-rakan demi kepuasan satu malam. Oleh itu, apabila konsert tersebut tamat, ada yang mula rasa tidak bersemangat untuk mengharungi hari-hari berikutnya dan asyik flashback pengalaman semasa di konsert bersama rakan-rakan di group chat ataupun media sosial.
Fenomena sama turut berlaku selepas tamatnya konsert Butterfingers: Transendence 20th Anniversary pada tahun 2019 dan Search: Rockin’ on Rooftop pada tahun 2022. Siap buat anniversary muatnaik semula video/kenangan selepas sebulan dan setahun!
Inilah yang dinamakan Post-Concert Depression! Jangan risau! Memang ini normal kerana konsert ialah satu pengalaman bersama dan perasaan rindu pada pengalaman tersebut adalah sesuatu yang positif apabila anda berkongsi bersama rakan-rakan. Tetapi jika anda mengalami Post-Concert Depression lebih dari tempoh dua minggu sehingga anda berasa sedih berpanjangan, anda mungkin memerlukan nasihat pakar psikologi. Hati-hati ya!