Akibat insiden biadap kejadian comolot sesama jantan band The 1975, peminat The Strokes di Malaysia terlepas peluang untuk menyaksikan mereka beraksi di Good Vibes Festival, Sepang. Keseluruhan festival telah dibatalkan serta-merta tanpa kompromi oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), termasuklah slot The Strokes yang sepatutnya berlangsung pada hari ketiga festival iaitu 23 Julai 2023.
Natijahnya, peminat band asal Amerika ini telah berduka-lara dan dirundung kekecewaan kerana sudah menunggu sejak usia remaja untuk menyaksikan The Strokes di depan mata dan ini mendapat perhatian penyanyi utama kumpulan tersebut, Julian Casablancas. Keputusan terbaik yang dapat dicapai ialah dengan menambah hari kedua persembahan mereka di Marina Bay Sand, Singapore, di mana ini sahaja tempat yng terdekat dengan peminat di Malaysia untuk menyaksikan mereka. Peminat dari Malaysia juga diberi potongan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembelian merchandise The Strokes di Singapura.
Ternyata janji mereka untuk mengubati hati peminat Malaysia bukan omongan kosong. Dengan sorot lampu yang kelam dan malap berwarna kebiruan, The Strokes membuat sepak mula dengan lagu What Ever Happened yang dipetik dari album studio kedua mereka, Room on Fire.
The Strokes terus menjamu peminat dengan lagu-lagu dari zaman remaja aku yang kini mungkin sudah bergelar remaja purba dengan variasi hits dari album Is This It (2001) seperti Someday, Last Nite, Hard to Explain, Soma dan Take It or Leave It. Band yang ditubuhkan sejak 1998 ini juga tidak lupa menyajikan lagu-lagu yang dinanti-nantikan peminat dari album Room on Fire (2003) seperti Reptilia, Under Control dan Automatic Stop.
Kami bagai histeria apabila lagu-lagu dari album tahun 2006, First Impressions of Earth dimainkan seperti You Only Live Once dan Juicebox (lagu idaman para bassist beginner untuk dikuasai). Tak lupa juga lagu Red Light dan The Ize of the World. Untuk peminat Gen Z, pasti mereka puas hati kerana lagu-lagu hits terkini turut didendangkan termasuk The Adults Are Talking. Yang paling lucky sekali, lagu yang jarang dinyanyikan di mana-mana konsert, Call it Fate, Call it Karma turut dimuatkan dalam setlist. Aduh! Abang Jul! Saya jatuh cinta pada kamu untuk kesekian kalinya!
Keseksian Julian Casablancas tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau memegang mikrofon dan menyanyi dengan suara yang unik sekali. Hanya Julian sahaja yang mampu berbuat demikian. Walaupun ramai yang kata Julian dah macam bapak-bapak, tapi tidak ya! Ini bapak yang seksi! Choke me daddy! Hahahaha!
Maaflah tulisan ini tulisan seorang fans perempuan, pastilah dah pecah ovari dek penangan persembahan Julian Casablancas! Lol!
Julian juga sempat berbual di antara selingan beberapa buah lagu. Dia kata malam kedua ini lagi loud berbanding malam sebelumnya. Beberapa kali Julian mention Malay and Malaysian disambut dengan jeritan peminat-peminat dari Malaysia. Memang tak rasa macam show kat Singapore lah ini macam! Paling comel bila Julian menganjing di atas pentas, meniru suara dan gaya Alex Turner dan berkata “We sounds like modern Artic Monkeys.” Hahahaha!
Tapi aku tak berapa puas hatilah dengan lighting konsert ni. Malap dan kelam. Susah nak nampak sosok rupa Julian secara jelas kerana dia memakai outfit serba hitam. Aku terpaksa memandang dua tempat sekali gus iaitu pentas dan skrin untuk dapat feel yang lebih uuumph!
Momen paling menarik ialah sewaktu The Strokes meninggalkan peminat tergantung kehausan dan menjerit-jerit nama mereka sebelum kembali untuk encore dan mempersembahkan tiga lagu terakhir yang sangat dinanti-nantikan iaitu Hard to Explain, You Only Live Once dan Last Nite. Memang puas hati! Penantian hampir dua dekad akhirnya jadi realiti di depan mata!
Konsert The Strokes ini aku simpulkan bukan sekadar satu persembahan biasa kerana majoriti peminat yang hadir pada malam itu sudah menunggu formasi ini berpuluh tahun sejak dari zaman remaja lagi. Walaupun setup persembahan mereka sangat simple dan bersahaja, durasi pun agak pendek iaitu kurang dari 90 minit, aku pasti ianya akan menjadi salah satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.
Sekarang aku terpaksa menanggung Post-Concert Depression The Strokes dan Muse pada masa yang sama!