Dirgahayu Mike Shinoda

oleh Rahmat Mohd Did
2.1K bacaan

Michael Kenji Shinoda yang dilahirkan pada 11 Februari 1977 menginjak usia 44 tahun hari ini.

Berasal dari California, beliau merupakan salah seorang yang menubuhkan band rap rock/ nu metal Linkin Park pada tahun 1996 kemudian projek hip hop Fort Minor pada tahun 2004.

Selain menjadi vokalis dan penulis lagu utama untuk kedua-dua band, Shinoda juga seorang penerbit dan pereka grafik. Beliau menubuhkan Machine Shop Records dan karya-karya grafiknya turut dipamerkan di Japanese American National Museum.

Pada tahun 2018, Shinoda melancarkan album solo pertamanya berjudul Post Traumatic yang mengandungi lagu-lagu tentang perasaannya setelah kematian Chester Bennington pada 20 Julai 2017.

Tahun 2020, beliau melancarkan projek Dropped Frames yang akhirnya menghasilkan tiga siri album iaitu dua pada bulai Julai dan satu lagi pada bulan September. Ketiga-tiga album ini dibikin secara interaktif dengan peminat di saluran Twitch.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅