Epik! Hujan Cipta Sejarah Dengan Penganjuran Konsert 16 Tahun

oleh Aniq Ammar Ekhwan
4.3K bacaan

Pandemik COVID-19 telah menghambat pertumbuhan  industri muzik seantero dunia dan para pemuzik juga tidak terkecuali bergelut dengan  waktu yang sukar, malah ramai antara kita yang ‘terkurung’ di rumah. Hampir dua tahun  ‘berhibernasi’, band indie rock paling prolifik dan berpengaruh di Malaysia, HUJAN telah  kembali beraksi menerusi konsert HUJAN 16 TAHUN.  

Dianjurkan oleh LOL Asia, konsert yang diadakan di teater baru PJPAC di 1 Utama E telah menyaksikan antalogi 16 tahun perjuangan, jatuh bangun mereka dalam dunia seni dirangkumkan dalam empat malam dengan tema berbeza dan sebagai sebuah band yang penuh attitude, dynamic, solid, dan energetic ketika di atas pentas. Hujan 16 Tahun menjadi sebuah konsert yang paling dinantikan, lebih-lebih lagi ini adalah persembahan pertama  Hujan pasca COVID-19.

“Sudah hampir 2 tahun Hujan tidak membuat konsert di depan penonton secara  langsung. Saya amat gembira dan berbangga dapat menjalankan konsert Hujan 16 Tahun  bersama rakan-rakan seperjuangan. Lebih dari 100 orang terlibat di belakang tadbir untuk menjayakan konsert ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan juga semua peminat kerana sentiasa menyokong Hujan.” – Noh Salleh, Hujan.

Hujan 16 Tahun juga merakam sejarah apabila menjadi konsert pertama pasca PKP dengan kehadiran penonton. Konsert ini juga berjaya tanpa sebarang jangkitan Covid-19 selepas semua artis dan krew terlibat menjalani ujian RTK empat hari pasca acara.

Konsert ini mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan teliti. Hanya 340 penonton dibenarkan setiap malam dari kapasiti penuh teater PJPAC berjumlah 688.  Penjarakan sosial telah diamalkan di setiap langkah pengurusan konsert, dari kemasukan penonton, kedudukan di teater dan juga perjalanan keluar selepas persembahan.

Setiap krew dan artist menjalani ujian RTK Covid-19, sebelum, semasa dan selepas persembahan untuk memastikan tiada jangkitan gejala coronavirus. Pelitup muka juga dikuatkuasakan pada sepanjang masa untuk semua yang terlibat di konsert, termasuk penonton.

“Alhamdulliah, kami berjaya menjalani konsert ini tanpa sebarang kejadian negatif.  Saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat untuk memastikan SOP Industri kreatif: Acara Pentas berjalan dengan lancar. Mereka termasuk kakitangan PJPAC, badan sekuriti, wakil kerajaan Selangor dan pihak polis yang memantau setiap hari semasa konsert ini dijalankan.”

“Atas permintaan ramai, kami sedia untuk membawa Hujan 16 Tahun secara maya dan kami membuatnya serapat yang boleh dengan persembahan sebenar, macam penonton tu adadi lokasi persembahan. Persembahan secara maya diterbitkan selepas konsert untuk membenarkan kami mengemaskini audio dan visual, memberikan penonton  pengalaman berkualiti tinggi.” – Rizal Kamal, Pegawai Eksekutif LOL Asia

Produksi konsert ini dijalankan dengan audio-visual yang bertaraf antarabangsa dengan 100% krew tempatan. Tujuh kamera telah digunakan untuk merakam konsert ini  dengan sepenuhnya bersama dua kamera di belakang pentas untuk menangkap  pengalaman di belakang tabir.

“Persembahan secara maya tidak kurang menarik kerana boleh dipasang di TV dan dinikmati bersama kawan keluarga. Konsert maya dirumah juga amat selesa, selamat dan lebih murah dari konsert secara langsung. Inilah kelebihannya dan kami mengikut  perkembangan semasa, memberikan pilihan untuk semua Raingers.” – Ahmad Ariffin, pengurus Hujan.

Tiket konsert secara maya boleh didapati di www.wearelive.asia dan akan ditayangkan secara terhad setiap hujung minggu di bulan November di pelantar ‘We Are  Live’. Jumlah tiket ada had maksima, jadi pastikan pembelian awal.

1, 2, 3 Go!! – 5 hingga 7 November 2021

Semangat Enemy – 12 hingga 14 November 2021

Kotak Hati – 19 hingga 21 November 2021

Riot – 26 hingga 28 November 2021

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila emel rizal@wearelol.asia atau Whatsapp di +60193055288.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅