Festival Atas Angin Meriah Sakan, Aksi ‘Crowd’ Buat Ramai Teruja [VIDEO Di Dalam]

oleh Chiv Iscandar
874 bacaan

Festival Atas Angin yang berlangsung di Gamuda Cove pada 6hb Ogos 2022 Sabtu lepas telah mendapat sokongan ‘crowd’ yang agak luar biasa.

Menerusi video-video yang bertaburan di TikTok, kemeriahan jelas tergambar dalam festival yang menghimpunkan lebih 30 band tahap ‘elit’ dalam sirkit independen dari pelbagai genre.

Video-video aksi moshing, crowd surfing, tarian tepuk lantai hardkor, pogo dan mini wall of death meriah berterbangan dalam media sosial TikTok sejak itu.

Terdapat juga visual bendera pelbagai negeri seperti Johor dan Negeri Sembilan berkibar sepanjang festival manakala para penonton ligat beraksi di ruang moshpit.

Berikut antara video-video pendek yang dikongsi ramai penonton semasa festival tersebut.

@cabbey_

Hiburan B40 katanya, tapi hadko ni riadah yang sihat. Go PushUp Pit!! #atasangin #atasanginfestival @Atasanginmy

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

@tekak.kering

Esok bangun kaki semua😂 #atasanginfestival #gamudacove #nogood #cheusing

♬ Che Using – No Good

@alongrasmi

Viva la punk #atasangin #ska #fyp

♬ original sound – Löng Kucįng🐈 – Löng Kucįng🐈

@hanifazhari_

kita toksey pecoh toskey baloh !!! #atasangin #moshpit #colourmosh #nogood #fypシ

♬ bunyi asal – _hanifazhari – _hanifazhari

@nasuhamzln7

thank you Atas Angin, function terox ❤️ #atasangin #biggestindiefest #gamudacove @Atasanginmy

♬ Bila Bila Kita Berdansa – Grey Sky Morning

@nurilhamzainal21

Wall Of Death #atasangin #naratu #indiefest #indiemusic

♬ original sound – nurilhamzainal – nurilhamzainal

@anaknasajaguh

“Puk**mak untuk scammer kat putrajaya” Gerhana Skacinta #moshpit #atasangin #fypシ

♬ Ali Baba Ska – Gerhana Skacinta

(Puk***ak untuk Scammers di Putrajaya – GSC)

@mhdamierull

Faking HatKor! #Naratu #AtasAnginFestival #GamudaCove

♬ original sound – MhdAmierul – MhdAmierul

@hanifazhari_

kita toksey pecoh toskey baloh !!! #atasangin #moshpit #colourmosh #nogood #fypシ

♬ bunyi asal – _hanifazhari – _hanifazhari

Kemuncak festival ialah band fenomena punk rock Kelate, No Good dan aksi superband, Da Vagabond.

Perkara yang mungkin memberi sukses kepada festival ini ialah ruang kawasan penonton yang menarik, lapang dan ‘selesa’ untuk berentap dan berpesta sambil diiringi muzik santai dan ekstrim secara ‘Live’. Walaupun terletak agak ceruk di Banting tetapi ruang moshpit di lokasi kejadian menimbulkan rasa teruja mereka yang datang beraksi.

Di sini juga, jelas kepentingan video penonton dalam merakam momen-momen menarik.

Seperti Atas Angin ini, budak-budak dapat berkongsi kemeriahan dan kegembiraan secara visual dan rakaman video.

Apapun, ia menggambarkan visi muzik independen di negara kita dan sudah sampainya, mungkin kita memerlukan siri rock The World yang baru pada era dekad 2020-an ini!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅