Selepas menempuhi fasa endemik, kita dapat melihat beberapa kugiran lama muncul kembali mewarnai suasana muzik Malaysia bukan sahaja dengan pelancaran single malah ada juga yang memulakan siri jelajah di serata Malaysia. Turut serta antaranya adalah Love As Arson.
Baru-baru ini, mereka telah melancarkan album yang bertajuk The 12 Year Itch dan memulakan siri jelajah “THE 12 YEAR ITCH Malaysian Tour 2022” di Johor dan Melaka pada 16 Julai dan 17 Julai 2022. Penulis diberi kesempatan untuk menemuramah dan bertanyakan beberapa soalan kepada mereka untuk tatapan para pembaca sekalian.
MAMY: Selepas 12 tahun sebagai kugiran, menyepi dan muncul kembali, apa yang kalian belajar semua ini?
Persahabatan. Bukan senang untuk kita bergerak selepas menyepi dan menyakinkan semua tentang kugiran ini dan kembali semula ke kancah muzik bawah tanah.
MAMY: Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang Love As Arson? sebab aku rasa ramai yang kenal setiap ahli namun bukan kugiran ini.
Love As Arson adalah sebuah band yang terbentuk daripada pecahan band Aftermath dan Grace Division sekitar tahun 2005. Bergiat aktif sekitar 2006-2010 dan base kami adalah di Kuala Lumpur.
Pertukaran ahli kumpulan bersilih ganti sehingga pada satu ketika Love As Arson hanya dianggotai oleh Doni sebagai vocalis dan Bakri sebagai drummer setelah kedua-dua gitaris iaitu Muska dan Syed telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas faktor-faktor peribadi.
Pada tahun 2019, Love As Arson telah merekrut Ayien (Carthreena), Arab (Groundrule) sebagai guitarist dan dilengkapi Zeezam (Anotherside) di posisi bass bagi meneruskan legasi music Arson. Setelah hampir 12 tahun menyepi, Love As Arson kembali dengan rilisan album terbaru ‘The 12 Year Itch’ pada May 2022.
MAMY: Aku terkejut sebenarnya ketika pengumuman ahli baharu Love As Arson ini ada Bakri. Kita semua tahu Bakri ni hobi dia collect band, tapi dari sudut komitmen macam mana pula? Sebab baru-baru ni aku nampak Bizee yang banyak bermain dengan korang.
Untuk pengetahuan semua, Bakri adalah line-up Love As Arson sejak 2007 sehingga hari ini. Bakri turut serta dalam Love As Arson Indonesian Tour 2008 bersama Efek Rumah Kaca. Bakri memainkan peranan penting dalam mencetuskan movement comeback Love As Arson sehingga rilisnya album kedua iaitu “The 12 Year Itch”. Buat masa sekarang, tidak dapat dinafikan kepadatan jadual Bakri menghalang beliau untuk turut serta dalam THE 12 YEAR ITCH Malaysian Tour 2022. Bizee memainkan peranan sebagai pemain dram undangan untuk siri jelajah ini.
MAMY: Untuk 10 tahun kebelakangan ni kita tahu ada banyak kugiran yang lahir bak cendawan. Bagaimana kalian nak mengekalkan kesegaran muzik Arson?
Bagi kami, music is universal dan dengan adanya band-band baru yang tumbuh bagaikan cendawan menunjukan bahawa industri muzik Malaysia tidak ketandusan bakat dan seni. Dengan kehadiran semula kami bukanlah untuk bersaing dengan band-band yang sedia ada, cuma untuk memeriahkan industri muzik tanah air kita dengan karya-karya kami.
MAMY: Untuk album korang which is 12 Year Itch, macam mana korang boleh terfikir nak buat album ni selepas sekian lama? Adakah sebab nak mencuba sesuatu yang baru?
Process pembikinan album ini bermula since 2017-2018, namun tergendala atas beberapa faktor seperti penarikan diri line-up sehingga projek album ini hampir ditamatkan. Pada 2019, Doni merekrut Ayien (Carthreena), Arab (Groundrule) dan Zeezam (Anotherside) untuk meneruskan rakaman dan seterusnya melengkapkan line-up terkini Love As Arson.
Bagi kami, tiada istilah penat dalam berkarya dan setiap ahli band memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan pergerakan band ini.
MAMY: Apa yang istimewa dengan album ini?
Album ini adalah album kedua Love As Arson. Rilisan terdahulu first album “…And They Fall For Australis” pada tahun 2007 consists of 11 songs dan The Hangover EP pada 2008. “The 12 Year Itch” sangat istimewa terutama buat kami di mana keseluruhan 11 lagu membawa mesej-mesej tersendiri which reflects kepada perjalanan muzik Love As Arson selama ini.
MAMY: Also regarding the album, apa cabaran korang dalam menyiapkan album ni? Especially the songwriting.
Cabaran menyiapkan album ni adalah masa dan pertukaran line-up. Process recording tergendala dek kerana Covid-19 melanda negara kita. Songwriting mostly dibuat dan di-olah bersama dan Doni memainkan peranan sebagai lyricist dalam album ini.
MAMY: Lagu terbaik dalam album ini bagi korang?
Terlalu subjektif untuk soalan ini, buat kami semua lagu-lagu dalam album ini ada kekuatan tersendiri.
MAMY: Since korang dah start tour, apa objektif for this tour? Bukan senang nak buat tour serata Malaysia, tambahan lagi ia memerlukan banyak modal.
Tujuan utama tour kali ini adalah untuk mempromosikan album dan juga menyatakan akan kemunculan semula Love As Arson. Faktor kewangan memang penting, dengan adanya support dari semua yang membeli merch itu sedikit sebanyak membantu perjalanan touring ini.
MAMY: What’s next for Love As Arson after tour? Adakah kalian akan proceed dengan penghasilan lagu dan album baharu?
Next target Love As Arson this year adalah bermain di Singapore, Borneo Tour (Sabah & Sarawak) dan Indonesian. Tour awal tahun depan (2023) masih dalam perbincangan dengan pihak disana. So far, process pre-production new materials telah bermula dan inshaaAllah akan rilis EP pada tahun hadapan.
Ikuti perkembangan Love As Arson di: