Oleh: Suraya Roseli
Bersempena dengan kemunculan konsert Muse yang bakal diadakan di Carnaval Ancol, Jakarta, Indonesia pada 19hb September 2025 ini, Muse Malaysia dengan kerjasama Musica Mania akan mengadakan sebuah gig tribute, Muse Madness Vol 3.0 pada hari Sabtu 16hb Ogos 2025 di Behave Studio, Ukay Perdana bermula jam 4pm sehingga 11pm.
Kali ini gig Muse Madness Vol 3.0 akan menampilkan sembilan band lokal berlainan potensi dan pengalaman daripada pelbagai genre:
– The Gagalist
– The Penthemix
– Voices of Anima
– The Exact
– Neu Revelia
– Exorage
– Project Sniper
– The Joymaker
– Space Between Galaxsi
Seperti yang kita sedia maklum, Muse telah memulakan penjelajahan konsert ke Malaysia kali pertama tahun 2007 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Mereka mempromosikan album Black Holes and Revelations dan album ini juga agak istimewa kerana lagu Supermassive Blackholes dan Neutron Star Collisions digunakan untuk runut bunyi filem The Twilight Saga: New Moon.
Selepas 16 tahun, Muse kembali menghangatkan Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Julai 2023 yang lepas untuk mempromosikan album kesembilan mereka iaitu Will Of The People. Kali ini konsert mereka lebih luar biasa daripada jangkaan. Dengan hanya bermodalkan sistem pyroteknik dan ikon Mirror Chrome Mask gergasi di atas pentas, sistem audio bertaraf antarabangsa dan penataan sistem pencahayaan yang mempersonakan, Muse mampu membuatkan lebih 60 ribu penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil terpukau dengan persembahan mereka.
Setelah kejayaan gig Muse Madness Vol 1.0 di Panggung Asia pada 2023 dan Muse Madness Vol 2.0 di Garage Studio, Ampang pada 2024, kali ini Muse Madness Vol 3.0 pada 2025 diteruskan dengan menampilkan 35 buah lagu Muse pilihan sembilan band pelbagai genre yang akan beraksi di Behave Studio seperti Will Of The People, Kill Or Be Killed, Hysteria, Plug In Baby, MK Ultra, Stockholm Syndrome, Time Is Running Out, Knights Of Cydonia dan banyak lagi.
Tiket awal berharga RM25 sahaja dan boleh hubungi 019-7270732 (Zura) untuk pembelian. Tiket di hari gig adalah berharga RM30.
Disebabkan pengaruh, aura dan karisma yang sangat kuat, Muse telah menjadi inspirasi dan memberi ilham kepada ramai artis dan band di Malaysia dalam penghasilan karya mereka sendiri. Jadi untuk meraikan bersama kedatangan Muse ke rantau Asia Tenggara lagi pada tahun ini, marilah kita turun ke gig Muse Madness Vol 3.0 ini dan menyanyikan bersama dengan semangat setiap bait lirik lagu-lagu Muse di Behave Studio, Ukay Perdana.
Semua dijemput hadir!