Gitar Gibson ES-355 berwarna merah milik Noel Gallagher yang hancur sebelum Oasis melakukan persembahan telah dilelong dengan harga £325,000 (bersamaan dengan RM1.7juta) secara lelong di Hôtel Drouot, Paris.
Menurut pengendali lelong gitar ini, Jonathan Berg, pada mulanya ia dibuka dengan harga €150,000 dan ia dianggarkan bidaan untuk gitar itu boleh mencapai setinggi €500,000. Dia turut berkata gitar itu menandakan ‘detik kultus’ dalam sejarah industri muzik.
Pastinya bagi peminat besar Oasis mengetahui tentang hubungan adik-beradik yang tidak stabil, bermula dari mereka tubuhkan Oasis sampailah mereka berpecah. Sebelum ini, Noel cukup sabar dengan perangai adiknya yang keras kepala dan panas baran.
Gitar tersebut hancur akibat perbalahan yang berlaku antara pemain gitar Oasis, Noel Gallagher dan vokalis utama Oasis, Liam Gallagher di belakang pentas konsert Rock en Seine festival di Paris sebelum mereka memulakan persembahan.
Selepas kejadian itu, Oasis membuat keputusan untuk membatalkan persembahan mereka pada saat terakhir kemudian Noel Gallagher membuat keputusan untuk meninggalkan Oasis.
Noel Gallagher berkata:
“It’s with some sadness and great relief to tell you that I quit Oasis tonight. People will write and say what they like, but I simply could not go on working with Liam a day longer”. – Noel Gallagher, sumber dari Radio X.
Oasis sempat merakamkan 8 album (1 album konsert) dan album terakhir mereka ialah Dig Out Your Soul (bagi penulis ia adalah album terbaik tapi underrated).
Rujukan: