Kolaborasi 3 Hala An Honest Mistake, Reckless Escapades dan Maruxa Lynd Lahirkan ‘Forget Me’

oleh Anome
4.2K bacaan

Bahang kehangatan Bad Dreams masih lagi terasa namun An Honest Mistake kembali bertemu peminat dengan pelancaran sebuah single terbaru yang berjudul Forget Me yang telah dilancarkan pada 6 Mei 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 42 saat.

Forget Me merupakan sebuah karya pop punk baharu dengan nuansa yang mengingatkan kita kepada Machine Gun Kelly dan Kid Laroi. Ia juga merupakan sebuah kolaborasi tiga hala An Honest Mistake bersama Reckless Escapades dan Maruxa Lynd.

Hala tuju muzik An Honest Mistake sentiasa berpaksikan kepada muzik berat namun tetap tidak tersasar daripada paksi bunyian pop punk. Meskipun kumpulan ini telah melalui penjelmaan semula dengan bunyian yang lebih gelap dan lebih beratmosfera, namun kolaborasi ini sepertinya sesuatu yang telah ditakdirkan untuk terjadi.

Muzik pop punk Malaysia seperti telah mengambil tempat duduk belakang disebabkan oleh kemeriahan muzik R&B dan hip-hop, mungkin ini merupakan masanya untuk mengetengahkan muzik pop punk baharu kepada Malaysia. Trio ini mengincarkan untuk membawa sedikit keagresifan terhadap karya terbaru mereka.

Forget Me menceritakan tentang cinta dan kasih sayang yang tidak terbalas serta ketidakpercayaan dalam sesuatau perhubungan. Dalam dunia masa kini, agak sukar untuk kita menafsirkan sama ada seseorang itu benar-benar maksudkan apa yang diperkatakannya, lebih-lebih apabila mengambil kira dari segi pembaikan politik.

Malahan, idea untuk bersikap jujur dan keikhlasan niat itu sendiri merupakan sesuatu yang sukar ditafsirkan pada masa kini terutamanya apabila melibatkan sesuatu perhubungan. Karya ini mengajak para pendengar yang terperangkap di dalam perhubungan yang tiada erti untuk terus maju ke hadapan.

Kita akan bersama Darren Teh bagi membicarakan sedikit sebanyak mengenai karya terbaru An Honest Mistake dan kolaborasi bersama Reckless Escapades dan Maruxa Lyd:

Q: Apa kelainan dari segi bunyian pada Forget Me berbanding karya-karya AHM sebelumnya?

“It’s the new pop punk MGK Kid Laroi vibe. Electronic beats, a bit of rap, big rock guitar chorus. I don’t think any local band has adopted this sound yet. If we could get a good feature spot on this track, that’ll be really awesome. I really wanna push hard on this one.”

Q: Darren mengatakan bahawa tunjang idea Forget Me hadir daripada pengalaman peribadi beliau sendiri, boleh ceritakan bagaimana tercetusnya idea tersebut?

This good girlfriend would tell me how much she wants to see me and talk to me and that she’d want to tell me all that’s been going on but never ever makes it a point to actually sit down and talk to me. She’d make promises and then would forget them. In this situation, I’d wonder to myself if this person is for real or not. The essence of the song is really, ‘I’ve had enough. Forget this. Forget me because you can be the bad guy. I’m not. I’m leaving.”

Q: Boleh ceritakan serba sedikit bagaiman proses penulisan dan pembikinan Forget Me ini terjadi?

The 3 of us met up and wrote the chorus together. That was the part we all decided had to be the strongest element, as with any song so we put 3 heads together to write that section. I’ve never done that before so this is refreshing. I wrote my verse and the pre chorus-es at home while Reckless Escapades and Maruxa wrote theirs separately. All in all we met up 4 times. 2 songwriting sessions and 2 recording sessions. That was that. It’s amazing how quickly this was put together.”

Trio ini turut mengumumkan sebuah siri konsert jelajah 4 buah negeri yang diberi nama THE LONELY HEARTS CLUB yang akan berlangsung di Ipoh Social Club pada 14 Mei, Soundmaker Penang pada 15 Mei, Rockin’ Jamz Hall Johor pada 4 Jun, dan Mugo X Masterpiece Melaka pada 5 Jun. Mereka juga akan ditemani oleh EmonightKL dan juga artis-artis tempatan lain pada empat tarikh tersebut.

Siri jelajah ini akan menjadi sebuah percubaan untuk memanjangkan siri jelajah ke negeri-negeri lain terutamanya ke Kuching dan Kota Kinabalu. Ia juga akan membawakan campuran pelbagai genre daripada rock ke hip hop. Sedikit kelainan bebanding siri konsert jelajah yang lain, The Lonely Hearts Club akan ditutup setiap persembahannya dengan set alternatif DJ. Tiket boleh didapatkan di nombor yang tertera di dalam poster.

Dengarkan Forget Me di setiap platform media penstriman dan ikuti laman media sosial rasmi An Honest Mistake untuk info lebih lanjut The Lonely Hearts Tour yang sedang berjalan.

An Honest Mistake

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅