Hey Jay! Muncul Dengan Single Berbahasa Melayu Pertama, ‘Bagimu Mati’

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.4K bacaan

Hey Jay! bukan lagi entiti baharu dalam arena muzik bawah tanah tempatan. Karya-karya mereka sebelum ini bukan calang-calang kerana pernah merangkul beberapa anugerah dari luar negara! Kugiran ini semakin melonjak naik dek rilisan demi rilisan yang diterbitkan semakin mendapat dalam kalangan peminat muzik tempatan.  Hey Jay! menawarkan bunyian alternative rock serta permainan gitar ala post grunge serta vokal yang energetik dari Jay Ridzuan pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk mendengar rilisan terbaharu mereka.

Kemunculan single Bagimu Mati agak mengejutkan penulis sekali gus menghadirkan goosebumps yang maha dahsyat kerana ia berbeza dengan naskah-naskah sebelum ini. Yang lebih menarik, ini merupakan single sulung mereka dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini mereka pernah merilis sebuah hit berbahasa Inggeris yang bertajuk Don’t Wake Me Up yang sarat dengan bunyian alternative. Walaupun single Bagimu Mati  hanya berdurasi 3 minit 55 saat, tidak terasa lagu ini pendek. Pelbagai elemen dimasukkan serta progresi lagu juga amat matang. Penulis sendiri sangat menikmatinya dan telah diulang berkali-kali. Jay Ridzuan selaku vokalis juga memberitahu dalam temubual bahawa menulis dalam bahasa Melayu agak memberikan cabaran buat mereka.

Secara peribadi sebagai penulis lagu, pengalaman menulis lirik dalam bahasa melayu adalah sesuatu yang baru di mana selama ini ia merupakan sesuatu kelemahan dan cabaran untuk mengekspresi dalam bahasa melayu. Dengan terhasilnya lagu ni, harap ia menjadi satu titik permulaan yang baik dalam mengatasi cabaran tersebut.

 

Vokal Jay Ridzuan kali ini agak berbeza dari segi tone dan kawalan suaranya juga sangat baik. Sesuailah dengan rentak lagu ini yang penuh energi. Permainan dram ala stadium rock dan di tengah lagu ditambahkan lagi dengan riff dan solo gitar yang mencengkam. Sekali dengar, lagu kali ini lebih ke arah pop rock tetapi sebenarnya masih mengekalkan identiti alternative post grunge yang menjadi tanda bunyi Hey Jay! selama ini.

Tambah Jay Ridzuan dalam temubual, HeyJay! yang sebelum ini terkenal dengan pendengar dari luar negara,meletakkan harapan melalui lagu ini akan menambahkan pendengar baharu terutamanya pendengar tempatan.

Lihat skor yang penulis berikan kepada lagu ini di bawah dan jangan lupa ikuti HeyJay! di semua platform media sosial dengan menekan pautan:

Facebook

Instagram

Twitter

 

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅