Huru-hara Gondrong Takluk Pentas Ella Tawau, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

oleh Chiv Iscandar
2K bacaan

Tular di media sosial keadaan huru-hara semasa konsert ‘Lowcost Fiesta Tour’ oleh ratu Rock tanahair, Ella di Tawau, Sabah malam Ahad lepas.

Huru-hara berlaku apabila para Rockers Tawau yang rata-rata berambut ‘Gondrong’ menyerbu dan beramai-ramai berkumpul atas pentas sewaktu Ella membuat persembahan di hadapan ribuan penonton.

Video-video berterbangan yang merakam keadaan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi terutama kalangan penduduk-penduduk Tawau.

Ramai yang kurang senang dengan gelagat gondrong-gondrong rockers kerana menghalang pandangan para penonton manakala Ella terpaksa menyanyi sambil berasak-asak atas pentas. Ada pula dari Tawau yang merasa malu dengan gelagat berkenaan.

Mereka turut mempersoal jika rockers-rockers berkenaan telah menjadi ‘bonzer’ atau cuma sekadar menumpang ‘glamer’ untuk menjadi perhatian umum.

Namun begitu, ia mungkin adalah perkara lazim bagi sesuatu konsert terutama yang terbuka dan percuma. Kawalan penonton mungkin tidak dapat dibuat secara menyeluruh tetapi dalam hal ini, faktor keselamatan mesti dititikberatkan agar tiada kemalangan jiwa terjadi.

Gondrong-gondrong rockers Tawau mereka hanya berpesta-sakan dan mengembalikan nostalgia 80-an tetapi harus juga difikirkan para penonton lain yang ingin menikmati persembahan.

Untuk makluman, dikatakan yuran persembahan hanyalah 3 lagu tetapi disebabkan sambuta luar biasa orang Tawau, Ella menambah sehingga 6 lagu.

Apapun, majulah gondrong untuk negara! 😆

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅