Riuh di Sehati BerdanceCore

oleh Wahyu Abadi
883 bacaan

@_norzahir

Putrajaya Hardcore (PYHC) telah mengadakan acara kecil di Moutou KL pada 24 Februari lalu bertemakan Sehati BerDanceCore. Terdapat enam band keras yang berjaya mengegarkan ruang Moutou pada hari tersebut termasuk Dissonance, Kasrakass, No Title, Moneybag, Fushojiki, Lost Control dan 1 DJ set S4DKL. 

Walaupun cuaca pada hari tersebut hujan dengan sangat lebat tetapi pihak penganjur berjaya mengelola acara ini dengan baik dan teratur.

Acara yang bermula pada sekitar 7.00 PM itu diawali dengan band Dissonance dan diakhiri dengan Lost Control. Suasana di Moutou malam itu sememangnya sangat riuh dan ‘pecah’ sesuai dengan temanya. Penonton tanpa henti memerah keringat di mosh pit sepanjang acara ini. Acara diteruskan di ruangan atas bumbung Moutou dengan DJ set S4DKL dan penonton bukan sahaja dapat menikmati lagu yang didendangkan oleh mereka tetapi juga merasa keindahan malam di ibu kota. Kesemua band telah memberikan persembahan yang sangat baik dan kedatangan penonton juga memuaskan.

Tahniah buat PYHC di atas penganjuran Sehati BerDanceCore yang sangat teratur dan baik.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅