Jenama Converse sejak dahulu memang sinonim dengan generasi muda. Baru-baru ini, Converse Malaysia mengembalikan era rugged mereka menerusi kolaborasi dengan dua buah band tempatan, Wobbebong dan Porcelane sempena kempen Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.
Kempen kreatif terbaharu ini menekankan misi berterusan Converse untuk memperkasakan komuniti serta ekspresi diri dan kreatif di dalam bidang sukan, muzik, seni dan fesyen selain menampilkan perkongsian multi-disiplin yang tidak dijangka dengan bakat-bakat tempatan.
Hasil penyatuan duo experimental pop, Wobbebong dan unit rock Porcelane ini melahirkan sebuah trek kolaborasi berdurasi 2 minit 43 saat berjudul No One Knows yang bakal dimuatnaik ke semua platform penstriman digital tidak lama lagi. Lagu ini juga akan menjadi runut bunyi kepada kempen musim bunga 2023 Converse di Malaysia.
Menurut kenyataan media Converse Malaysia, kedua-dua band bekerjasama dalam suasana jarak jauh, Wobbebong di Johor manakala Porcelane di Kuala Lumpur dan pertama kali mereka berjumpa di studio adalah pada waktu rakaman.
“Kami sentiasa mencuba sesuatu yang baharu dan unik dan kempen kali ini menggabungkan semua ahli komuniti All Stars untuk berkolaborasi melahirkan sesuatu di luar zon selesa. Sebab itu kempen ini dinamakan ‘Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next’. Kami mahu mereka terus meneroka sesuatu yang baru dan unik.
“Bagi kempen kali ini, kami memberi fokus kepada Gen Z namun tetap tidak melupakan penyokong setia. Kenapa Gen Z? Kerana merekalah masa depan kita.”
Majlis pelancaran kempen ini telah dijalankan pada 17 Februari 2023 di Whatever Works Coffee, Kuala Lumpur yang menyaksikan aksi secara langsung Porcelane, Wobbebong sambil disokong Late Night Frequency, Pasca Sini dan set DJ daripada The Choobs.
Turut berlangsung adalah pameran foto oleh ChumTheCat dan projection mapping dari Grasshopper yang memaparkan komuniti All Stars.
Tonton kisah pembikinan lagu No One Knows:
https://www.facebook.com/conversemy/videos/724888835965728