Intimate Show Iqbal M. – Good Luck Fei!

oleh Rafidah Rosman
1.1K bacaan

Satu Intimate Show Iqbal M. yang diberi tajuk 2 per 4 telah diadakan di Embrace Hall JB pada 12 Ogos 2023. Kira-kira 200 Moden Rokes hadir ke majlis keramaian ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan 2 per 4 ini? Dan mengapa Iqbal M. seperti sedang bermain dengan perasaan ketika mengeluarkan flyers show ini?

Penulis berkesempatan menemubual ahli kumpulan Iqbal M. dan mengutarakan beberapa persoalan yang bermain di fikiran sebelum menikmati persembahan yang membuatkan minda seakan-akan bertiup.

Menurut mereka, tajuk show 2 per 4 ini membawa maksud bahawa ini adalah show kedua daripada jumlah empat persembahan bersama Fei (gitaris) atau nama sebenarnya Mohammad Al-Hafiz yang masih berbaki. Show pertama ialah di Nusafest (8 Julai) , diikuti dengan 2 per 4 di Embrace Hall JB (12 Ogos), 3 per 4 di Soundmaker Penang (26 Ogos) dan di Hausboom (8-9 September).

Mengikut sejarah purba negara, ahli kumpulan Iqbal M. telah saling mengenali sejak zaman menuntut ilmu lagi iaitu sama ada semasa berada di bangku sekolah atau semasa di alam universiti. Ada juga yang berkenalan semasa mula berkecimpung dalam dunia muzik suatu ketika dahulu. Penulis dapat merasakan aura bromance di antara mereka. Ikatan persahabatan yang akrab di kalangan ahli kumpulan ini dapat dilihat melalui dedikasi mereka kepada setiap baki persembahan yang tinggal bersama Fei sebelum beliau terbang jauh untuk menyambung pengajian dalam jurusan Master in Music Education di Royal College of Music, London. 

Video Fei announce sambung belajar:

@fidaraha

Gig 2 per 4 ni mmg didedikasikan untuk persembahan2 akhir bersama Fei (gitaris) yang akan sambung belajar Kat London. 2 per 4 maksudnya ni adalah show ke 2 dalam 4 baki show yg diorg ada bersama Fei. Nantikan artikel aku tentang cerita di sebalik gig ini di web musicaddicts.my. Jom kita galakkan balik budaya membaca macam zaman2 zine dulu. Aku akan coba menjadi salah seorang writer yang membawa korang ke alam keseronokan membaca dan menimba nolej2 Music yg aku tau sedikit ini. iqbalm

♬ original sound – fidaraha – fidaraha

 

 

Fei (gitaris Iqbal M).

Iqbal, teraju utama kumpulan ini seperti biasa penuh dengan idea yang luar biasa untuk menceriakan suasana sebelum acara sepak mula. Seorang penonton yang masuk ke dalam ruang acara pada jam 5.10pm diminta untuk menjadi emcee sebagai denda lewat hadir dan seorang lagi penonton dijemput untuk membacakan doa. Macam kena ragging dibuatnya! Tetapi situasi ini membuatkan penonton menjadi lebih rapat dengan mereka. Ruang acara tak sunyi dan riuh dengan gelak-tawa bak menonton stand-up comedy. 

Video penonton kena ragging baca doa:

@fidaraha

Opening doa dulu! #iqbalm

♬ original sound – fidaraha – fidaraha

Moden Rokes memenuhi segenap ruang Embrace Hall JB.

Tepat jam 5.17pm, persembahan dimulakan dengan lagu yang secara peribadinya merupakan lagu favourite penulis iaitu Kota Memujuk. Selepas lagu pertama, penulis menoleh ke belakang…. Wow! Full House!

Video lagu Kota Memujuk:

@fidaraha

Kota Memujuk. Fav all the time. Iqbal M. Gig 2 per 4 di @embracehall JB. @tulangbelakangiqbal_ iqbalm

♬ original sound – fidaraha – fidaraha

Lagu yang turut dipersembahkan ialah Kesana Jalannya, Pra, Selamat Malam Encik Akauntan, Jangan Cakap Saja, Kalau Tewas Nanti Parah, Di Balik Bukit, Antara 2 Darjat, Trek 8, Seri Dewi Demak, Trek 2, Kesatuan, Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang dan diakhiri dengan lagu Pulanglah Segera.

Lagu Trek 8 yang masih kekal selama beberapa minggu dalam Carta Lagu Indie Stesen Radio Rakita dan lagu Trek 2 merupakan lagu baru yang akan dimuatkan dalam album terakhir Iqbal M.. Bagi penulis, misteri yang Iqbal M. ciptakan ini mengajak pendengar untuk berfikir. Selain daripada menyatakan bahawa ini merupakan album terakhir, mereka juga menggunakan tajuk lagu yang sangat simple dan memberi kebebasan kepada pendengar untuk menentukan tajuk lagu itu sendiri.

Persembahan Iqbal M tidak pernah mengecewakan peminat mereka.

Show yang didedikasikan untuk Fei ini turut memberi ruang kepada Fei beberapa kali untuk memainkan lagu yang banyak memfokuskan kepada gitar solo seperti lagu Di Balik Bukit dan Kesatuan. Dengan alunan gitar berwarna pink, Fei memberikan aksi yang terbaik bersama-sama Iqbal (vokalis), Johan (gitaris), Shah (bass) dan Aidil (dram).

Video Fei goreng gitar:

@fidaraha

Nah lanje Fei bersihkan gitar pink dia. Comel gile. Gitar ye comel. Sumpah gitar tak tipu. #iqbalm

♬ original sound – fidaraha – fidaraha

Semasa lagu Kalau Tewas Nanti Parah, Iqbal memberi penghormatan kepada gitarisnya, Johan untuk menyanyikan lagu ciptaan Johan ini sendiri. Walaupun nampak sedikit canggung, namun apabila dimulakan dengan sedikit lagu cover Mungkin Nanti (Peterpan) kemudian dengan sokongan nyanyian beramai-ramai oleh peminat, Johan menghabiskan nyanyian lagu Kalau Tewas Nanti Parah dengan suara antara dengar dan tidak. Tak mengapa Johan, penonton tetap terhibur dan sing-a-long lagu anda bersama-sama!

Video lagu Mungkin Nanti dan Kalau Tewas Nanti Parah:

@fidaraha

Mungkin Nanti? #iqbalm

♬ original sound – fidaraha – fidaraha

@fidaraha

Fakta: Lagu Kalau Tewas Nanti Parah ni lagu & lirik dicipta oleh Johan. Iqbal bagi tajuk je kat dia. Dari tajuk jadi la lagu ni. Takpe Johan, walaupun bunyi angin je nyanyi, crowd tetap enjoy sing-a-long sama2! #iqbalm

♬ original sound – fidaraha – fidaraha

 

Dari kiri: Shah (bass), Iqbal (vokal), Fahmi (pemilik Embrace Hall), Aidil (dram), Fei (gitar) dan Johan (gitar).

Satu perkara yang penulis ingin puji, kemesraan dan kegilaan Iqbal M. bersama peminat tidak pernah berubah seperti semasa pertama kali penulis menonton persembahan mereka di Capital City JB sebagai opening act Plague of Happiness 2 Decade Showcase pada tahun 2019 dan ianya masih kekal sama sehingga kini. Inilah resepi Iqbal M. terus mengumpul peminat-peminatnya di samping mencipta lagu dan lirik yang penuh isi tersirat dan tersurat.

Penulis bersama Iqbal M.

Secara keseluruhan, persembahan selama dua jam dengan selingan interaksi antara Iqbal dan penonton yang sangat mesra dan mencuit hati pasti membuatkan penonton bak ketagih candu untuk mencari jalan menonton lagi apa-apa acara yang membariskan nama Iqbal M. di masa hadapan. Selamat maju jaya juga buat Fei. Moga kepulangan Fei nanti akan membawa buah-buah baru bak kata Iqbal. Dan semoga Iqbal M. akan terus melakar memori-memori indah bersama Fei di show-show yang berikutnya!

Belajar rajin-rajin Fei!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅