‘John Pine’ Oleh The Filters – Bukan Sekadar John Biasa!

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.9K bacaan

Buat yang masih belum mengenali The Filters, mereka telahpun bertapak dalam skena muzik tempatan sejak tahun 2016. Mereka juga telah bermain di lebih 30 buah show di venue yang tidak asing lagi seperti Publika dan juga Khizanat Hall!

The Filters yang ditubuhkan oleh Ian dan Aiman bermula sejak bangku sekolah lagi sebagai pemain dalam brass band sekolah sebelum Reuben Ravi menyertai mereka dan mula menulis lagu sendiri pada penghujung 2013. Di sinilah bermulanya perjalanan hebat The Filters.

2021 menyaksikan The Filters berjaya menerbitkan sebuah single, iaitu ‘John Pine’. Pada mulanya John Pine ditulis pada sekitar tahun 2013. Menurut The Filters sendiri, John Pine ini juga merupakan single pertama terbitan mereka sebelum kemunculan album sulung berjudul ‘Exhaler’ yang dijangka diterbitkan pada tahun ini.

Ruang dan peralatan bukan lagi isu untuk merakamkan lagu pada zaman sekarang. John Pine menjalani proses eksperimentasi yang amat mengagumkan dengan menggunakan ‘natural reverb’ yang dicampur dan dibalut dengan bunyian gitar elektrik yang klasikal. Lebih dahsyat lagi lagu ini hanya dirakamkan di dalam satu ruang bilik tidur!

Trek ini merupakan testimoni campuran unik yang mengorientasikan riff-riff berskala, rentak disko dan juga permainan gitar yang dimasukkan unsur Bossa Nova! Riff gitar pada awal lagu menarik perhatian penulis untuk terus mendengar sehingga ke akhirnya. Biarpun durasi lagu hanya sekitar 4 minit, namun dinamik dalam lagu membuatkan ia terasa panjang dan puas didengari.

Ikuti The Filters di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅