VOTA, sebuah kumpulan muzik yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik berat kembali dengan sebuah single yang memukau berjudul “Souled Out.”
Dibentuk pada tahun 2022 dan berpusat di Kuala Lumpur, VOTA adalah sebuah band muda yang terdiri dari barisan pelajar universiti iaitu iaitu Farisha (penyanyi), Adam (dram), Ifel ( bass), Jeoul (pemain keyboard), Tomok (gitar kedua), dan Ecam (gitar utama). VOTA yang merupakan singkatan kepada Value Of The Art memilih rock progresif sebagai genre utama dan penulisan lagu mereka dipengaruhi oleh ramai artis termasuk Isyana Sarasvati, Avenged Sevenfold, Pierce the Veil, Dream Theater dan First to Eleven.
Setelah aku mendengar single ini, ternyata lagu ini bukan sekadar lagu biasa, tetapi sebuah karya yang menceritakan perjalanan hidup seseorang yang sedang melalui dugaan dan cabaran pada zaman ini.
Dalam temubual bersama kumpulan VOTA, mereka menerangkan bahawa lagu ini membawa mesej yang kuat tentang ketabahan dan semangat untuk terus maju walaupun dihadapkan dengan pendapat dan kritikan daripada orang sekeliling. Ia merupakan satu ungkapan motivasi untuk tetap yakin dan percaya pada pilihan hidup sendiri.
Lagu ini direka khas untuk komuniti yang meminati muzik berat, di mana elemen-elemen yang kuat dan bersemangat dapat dirasai melalui melodi dan lirik yang disampaikan. Dalam usaha untuk menyentuh hati peminat muzik sebegini, VOTA berhasrat untuk mengambil peluang menyertai pertandingan Battle of the Bands (BOTB) yang dianjurkan di ibu negara. Walaupun bukan sesuatu yang pasti, namun jika rezeki mengizinkan, mereka berazam untuk membawa lagu “Souled Out” ke pentas BOTB dengan harapan dapat menarik minat lebih ramai orang untuk mendengar karya mereka.
Ketika ditanya mengenai hala tuju VOTA dalam industri muzik rock moden, kumpulan ini dengan yakin menyatakan hasrat mereka untuk membawa muzik berat ke arus perdana. Mereka percaya bahawa lagu-lagu seperti “Souled Out” memiliki potensi untuk menarik perhatian lebih ramai pendengar di Malaysia, terutamanya mereka yang mungkin kurang akrab dengan genre muzik ini. Dengan peluang menyertai BOTB, VOTA berharap dapat mengenalkan genre heavy music mereka kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Kalau tiada masalah yang berlaku, slowly but surely kami akan mengeluarkan karya yang lebih baik, fresh dan boleh menarik minat pendengar untuk mereka tetap terus dengar dan menantikan hasilan product kami iaitu, lagu baru dari kami. Kalau semua berjalan dengan lebih baik, kami akan mengeluarkan sebuah EP/Album pada hujung tahun ini.
Jelas bahawa VOTA mempunyai impian besar untuk membawa genre heavy music lebih jauh di dalam landskap muzik Malaysia. Dengan lagu “Souled Out” sebagai langkah awal, kumpulan ini bersedia untuk mengekalkan semangatnya dalam menerajui muzik rock moden negara ini.
Ikuti Vota di: