Will Smith dikatakan terus tertekan dan menerima penghinaan terbaru akibat insiden menampar Chris Rock di majlis Oscar apabila rapper muda yang dikaitkan dengan isteri beliau, August Alsina tampil mengeluarkan lagu terbaru yang mengandungi patah rhyme merujuk kepada hubungan gelapnya dengan isteri Will, Jada Pinkett.
Dalam lagu ‘Shake The World’ itu, August menulis lirik yang mengandungi dengan jelas perhubungan sulit (tangled) dengan Jada (world’s favourite):
Well, of course some shit was bound to go down when you tangled up with the world’s favorite….
Rata-rata, ramai yang memberikan reaksi positif terhadap lagu tersebut yang disifatkan mereka sebagai ‘fire’!
Namun, tidak kurang juga yang mengatakan August hanya mengeksploitasi keadaan caca-merba keluarga Will sekarang untuk meraih publisiti meluas dan rating carta.
August yang berusia 30 tahun menjadi sasaran berikutan pengakuann isteri Will, Jada bahawa dia menjalin hubungan sulit dengan August semasa masih berumahtangga dengan Will. August adalah rakan karib anak Will Smith, Jaden yang juga seorang rapper.
Dikatakan hubungan August dan Jada juga meleret hingga ke bilik tidur ketika Will Smith sibuk menjalani penggambaran.
Apa pendapat kalian tentang lagu terbaru August? Memang lagu yang dicipta atas pengalaman sebenar terutama perselingkuhan mempunyai impak yang lebih mendalam!
#ChivasAlexandria