Kisah Menarik Keluarga Will Smith: Isteri (Jada) Vokalis Nu Metal, Anak (Willow) Penyanyi Punk

oleh Chiv Iscandar
4K bacaan

Insiden pelakon Will Smith menampar komedian Chris Rock secara terbuka dan live di hadapan penonton dalam majlis Oscar semalam adalah perkara paling hangat terjadi tahun ini dan terus menjadi buah mulut dan polemik sedunia.

Namun di sebalik keluarga Will Smith, ada perkara muzikal yang menarik tentang isteri, Jada Pinkett dan anak perempuannya, Willow Smith.

Jada Pinkett Smith

Jada rupanya ialah seorang pengikut tegar muzik keras dan pernah menjadi vokalis dalam band Nu Metal Wicked Wisdom sebelum berkahwin dengan Will. Wicked Wisdom pernah mengeluarkan klip video ‘Bleed All Over Me’ yang berunsurkan ala Evanescence pada tahun 2004. Mereka juga pernah bermain di Ozzfest 2005.

Pada tahun 2021, anaknya Willow mempersembahkan semula lagu ini dalam satu pesta mini bersama band nya.

Dikatakan antara rekod kegemaran Jada ialah Cannibal Corpse.

Pada tahun 2020, Jada menggegarkan dunia apabila mengaku menjalinkan hubungan terlarang dan meniduri seorang rapper muda, August Alsina yang juga rakan baik anak lelakinya, Jaden.

Perkara itu dibincangkan dalam satu sesi hati ke hati semeja dengan Will Smith sendiri dalam satu rancangan talk show.

Willow Smith

Anak perempuan Will berusia 21 tahun ini pula ialah seorang peminat muzik Punk.

Baru-baru ini, beliau muncul bersama MGK bagi lagu ‘Emo Girl’ yang dimuatkan dalam album terbaru MGK ‘Mainstream Sellout’.

Jadi, ini adalah keluarga bahagia yang memiliki nilai muzikal tersendiri sebenarnya. Sebelah lelaki, si ayah Will Smith (Gettin’ Jiggy With It) dan anak lelaki, Jaden sendiri merupakan rappers. Manakala bakat seni isteri Jada dalam muzik keras Metal diwarisi pula oleh anaknya Willow seorang punk rocker.

Di Malaysia, ada tak keluarga muzikal besh macam ni?

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅