Knuckle Bones Terus Bersedih Menerusi ‘I Don’t Wanna Die Alone’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
890 bacaan

Kugiran Emo-Alternatif Indonesia, Knuckle Bones baru sahaja melancarkan single berjudul I Don’t Wanna Die Alone pada 20 Oktober 2022 sebagai rilisan kedua setelah It’s Not Your Fault di bulan Mac lalu. Menurut mereka, Knuckle Bones dalam proses untuk mengeluarkan beberapa single sebelum meluncurkan album baharu pada tahun 2023.

 

Terbentuk pada tahun 2017, Knuckle Bones dianggotai oleh Michy (Drum), Raka (Gitar), Ipip (Vokal), dan Riki (Bass). Band yang berasal dari Jakarta ini dipengaruhi muzik yang berbeza seperti My Chemical Romance, Sum 41, dan Saosin.

Sesuai dengan judulnya, single ini menceritakan keadaan yang hampir semua orang pernah rasakan iaitu kesepian di mana tidak ada yang peduli apa yang bakal terjadi di masa depan. Lagu ini turut disuntik dengan lirik yang sederhana dan menggambarkan keadaan yang memang sangat relevan.

 

Menurut mereka, hingga kini suasana yang ingin mereka bangunkan dalam bermuzik adalah mencipta lagu yang nyaman didengar, walaupun liriknya sangat beremosi dan cenderung bertemakan masalah kehidupan di alam fana. Jika kalian ingin mendengarkan muzik campuran dari Billie Eilish dan Movements, maka kamu harus segera mendengarkan muzik mereka.

Jangan lupa dengarkan single terbaru Knuckle Bones di semua media platform.

Ikuti perkembangan mereka di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅