Kugiran Progresif Metalcore, Groundrule telah melancarkan single terbaru mereka, The Darkest End pada 13 Oktober 2022 di seluruh media platform berserta muzik video yang menarik perhatian penulis.
Sedikit pengenalan, Groundrule terbentuk pada tahun 1995 dan selepas sekian lama, kugiran ini dianggotai oleh barisan pemuzik yang sememangnya dikenali ramai iaitu Jamal (Vokal), Syahmi (Gitar), Zamarab (Gitar), Christopher Mohd Yusuf Brown (Bass) dan Faizal (Dram). Sebelum ini, mereka telah mengeluarkan single bertajuk Stasis pada tahun 2020 berserta muzik video.
Menerusi perbualan penulis bersama Jamal selaku vokalis, The Darkest End menceritakan tentang perjuangan dalam menjadi seorang insan yang mendapat keredhaan. Kerana di waktu ini, masih ramai yang mempunyai kelemahan namun tidak mengakui tentang itu dan seterusnya menyalahkan orang lain.
“Lagu ni kalau kau nak tahu, kami tulis untuk memberi nasihat tentang perlunya refleksi diri dalam kehidupan. Dalam masa yang sama, aku nak cakap kepada orang yang memandai-mandai supaya walau apa pun masalah yang kau hadapi, jangan salahkan orang lain dan kau sepatutnya perlukan guidance. Tuhan dah turunkan banyak petunjuk dah, takkan kau tak nampak lagi? Konklusinya, janganlah kita memandai-mandai (sambil berseloroh).”
Untuk proses rakaman lagu ini, Jamal juga berkata bahawa Groundrule telah melakukan banyak perubahan drastik kerana banyak idea terhasil ketika sesi rakaman berlangsung.
“First time waktu aku dapat audio ni, ada banyak perubahan yang kitorang dah buat dari awal. Kitorang dah buat lebih dari 5 versi lagu ni sebab setiap kali rekod je masing-masing ada idea even dah nak siap. Lebih manis lagi, kitorang merekodkan lagu ni dalam sebuah banglo di Cameron Highlands sebab nak mood yang baru dan nak start fresh. So harap korang suka lagu ni.”
Untuk muzik video pula, penulis difahamkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah walau canggih mana sekalipun teknologi, kita masih manusia dan memerlukan Pencipta. Dan hasil yang diberikan amat memuaskan hati.
Selepas mendengar single ini, penulis berpendapat Groundrule sepatutnya sudah mula mengisi slot festival metal di Malaysia mahupun di luar negara. Dengan lirik yang rapi, riffing yang easy listening dan susunan lagu yang segar, mereka sememangnya sebuah kugiran yang matang dan tahu ke mana mereka hendak pergi dari sudut identiti. Bukanlah penulis ingin mengatakan metalcore di Malaysia ini robot, namun selepas Massacre Conspiracy, Cycriptic, Zerophobia dan Crazy Grizzly, belum lagi kita jumpa muzik metalcore yang mempunyai arah tuju.
Tahniah buat Groundrule atas pelancaran single ini. Penulis mendoakan kesejahteraan kalian dan harap kita dapat bertemu di masa hadapan.
Ikuti perkembangan Groundrule di:
#EkhwanFuentes