March to Madness – Sil Khannaz Anjur Gig Percuma

oleh Rahmat Mohd Did
998 views

Nebiula Production dengan kerjasama Bising Live! mempersembahkan March to Madness, sebuah gig atas talian yang menampilkan band metal terulung Malaysia, Sil Khannaz secara percuma pada 27 Mac ini!

Ditayang secara serentak di Facebook dan YouTube bermula jam 9.30 malam, mereka turut menjemput Dewangga Sakti untuk menyokong persembahan. Daripada sesi praktis yang dikongsi di Facebook ini, ternyata peminat akan disajikan dengan sebuah persembahan yang unik dan menggegar jiwa.

Pastikan jadual anda kosong 27 Mac ini untuk menyaksikan persembahan epik ini. Sumbangan ikhlas dan penajaan amat dialu-alukan!

Ikuti Sil Khannaz di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati