Masa Depan Cerah Buat FUGŌ

oleh Rahmat Mohd Did
1.9K bacaan

Setelah berjaya memikat hati peminat muzik alternative/ indie pop dengan single Waiting dan Moon and the Sun tahun ini, FUGŌ kembali dengan buah tangan yang lebih garing, Julia melalui saluran YouTube Skesh Entertainment pada 29 November lepas.

Mereka kini sedang giat menyiapkan EP perdana dan bakal menemui peminat tidak lama lagi. Dengan terbitnya single serta video muzik Julia ini, dapat penulis simpulkan bahawa kugiran yang terinspirasi daripada gabungan bunyian vintaj electro, new wave dan 80s funk ini memiliki potensi yang sangat besar bukan sahaja di arena muzik bawah tanah tempatan, malah mungkin mampu menembus sirkit arus perdana jika diberi bimbingan yang betul.

Lagu ini melalui proses rakaman di Melodiya Recordings manakala video muziknya pula diterbit dan diarahkan oleh Nadeem A. Salam (Skesh Entertaintment) dan menjalani proses suntingan di Los Angeles oleh Sam Shapiro. Hasilnya? Bertaraf antarabangsa, bro!

Lirik berkisar frustasi dan putus cinta mungkin agak klise, namun Fugo berjaya menterjemahkannya dalam mood yang santai dan mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa ingin menari mengikut ritmanya yang catchy.

Syabas diucapkan kepada FUGŌ dan semoga terus konsisten membikin karya yang baik untuk dihidangkan kepada penikmat-penikmat muzik tempatan.

Ikuti Fugo di:

Facebook
Instagram
Twitter
YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅