Masdo X The Changchuters: Dua Negara, Dua Band Bersatu ‘Gila Gilaan’ Bersama Peminat

oleh Wahyu Abadi
628 bacaan

Band Rock & Roll kegemaran muda mudi, Kugiran Masdo baru sahaja membuat penampilan hebat dengan berkolaborasi bersama band indonesia, The Changcuters. Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai penganjur berjaya membuat semua 2000 peminat berdansa dan berhibur selama 3 jam di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Disember 2022.

Kugiran Masdo. Kredit: Cipot Selebriti Online

“Semenjak masdo menubuhkan band, ini adalah kolaborasi yang sangat diimpikan oleh kami,” ujar Ali Sariah kepada penonton. Tambahnya, “Untuk semua pemimpi di luar sana, teruskan bermimpi. Semoga direalisasikan mimpi kalian semua,” disambut dengan jeritan peminat yang terharu dengan kata-kata itu.

Lalu persembahan diteruskan dengan nyanyian Bunga, Dinda, Malam Pesta Rock n Roll dan Bercanda Di Malam Indah. Masdo juga membawa kejutan dengan mendendangkan lagu terbaharu mereka yang akan diluncurkan pada Januari 2023 berjudul Inilah JalanNya, ditulis oleh Noh Salleh.

Selesai 10 lagu oleh Masdo, tiba giliran The Changcuters pula mengambil kemudi untuk menghibur peminat Malaysia diawali dengan lagu Pria Idaman Wanita Tarian yang sangat energetik disambut jeritan para peminat meriuhkan suasana Zepp KL pada malam itu.

The Changcuters. Kredit: Cipot Selebriti Online

The Changcuters merupakan band Indonesia yang dianggotai oleh lima orang terdiri daripada Tria Ramadhani, Muhammad Iqbal, Arlanda Langitan, Dipa Hasibuan dan Erick Nindyoastomo. Kali terakhir penampilan mereka di Malaysia adalah pada 2016 di Rockaway Fest.

Dengan 13 lagu yang disajikan The Changcuters untuk peminat termasuk lagu I Love U Bibeh, Hijrah Ke London, Akhirnya Indah, Tarik Jabrix dan Gila-Gilaan berjaya mengubat rindu peminat kepada band Rock & Roll ini.

Masdo X The Changcuters. Cipot Selebriti Online

Peminat bertambah riuh dengan penampilan bersama di satu pentas Kugiran Masdo & The Changcuters menyanyikan empat buah lagu iaitu Racun Dunia, Miss Flowers Twist, Janji Manis dan Main Serong. Di penghujung acara ini mereka memberikan sepenuh tenaga dan all out berdansa bersama peminat dan crowd surf.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati