Memori Indah Buat Semua Slankers di Konsert 4 Dekad Slank

oleh Wahyu Abadi
1.1K bacaan

Kredit: TBRW

Teks: Wahyu Abadi

Setelah kali terakhir Slank hadir ke Malaysia tujuh tahun lepas, penantian Slankers Malaysia akhirnya terlunas dengan kembalinya mereka ke sini meraikan Konsert 4 Dekad Slank pada 25 Disember lalu. Konsert yang sepatutnya dijadualkan pada 19 November 2022 ini terpaksa ditunda atas faktor pilihan raya (PRU15) dan penundaan tersebut sedikit pun tidak memadamkan semangat peminat unit rock legenda Indonesia tersebut untuk mengegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur.

Vokalis utama Slank, Kaka dengan unggul dan penuh karisma membawakan 18 buah lagu-lagu hits mereka dan membuat penonton berdansa dan terhanyut dalam nostalgia. Diawali dengan lagu I Miss You But I Hate You, Slank turut membuat kejutan dengan menampilkan ratu rock tanahair, Ella untuk berduet dalam lagu Pandangan Pertama.

Ella

Persembahan Ella dan Kaka membuat peminat terpana dengan gelagat Ella yang genit. Ella Juga membawakan dua buah lagu sendiri iaitu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Kesal.

Kredit: TBRW

Sebelum mengakhiri persembahan, Kaka sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Slankers dan berharap dapat kembali ke Malaysia untuk tahun yang akan datang.

Antara lagu-lagu popular lain yang dibawakan Slank di konsert tersebut termasuk Mawar Merah, Virus, Ku Tak Bisa, Orkess Sakit Hati serta Kamu Harus Pulang yang di-medley dengan ngeSlank Rame Rame dengan pukulan kompang bersama satu kumpulan Kaka, Ivanka, Ridho, Abdee & Bimbim sebelum persembahan tamat.

Kredit: TBRW

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅