Muzza, pemuzik-komposer-instrumentalis yang telah menghiburkan orang ramai dan netizen melalui program-program online busking beliau di Facebook telah membuat penampilan berbeza berbanding aksi-aksi busking kebiasaannya.
Dalam siaran Live Facebooknya semalam, beliau meluahkan perasaan dan kekecewaannya terhadap kategori-kategori yang membezakan antara golongan buskers, pemuzik pubscene dan artis-artis mainstream yang disifatkannya tidak wajar bagi kelompok pemuzik-pemuzik di Malaysia. Butiran lanjut tidak didedahkan secara terperinci tetapi ini mungkin merujuk kepada persatuan atau pertubuhan tertentu.
Menurut Muzza, kehadiran puak-puak dan kelompok yang membezakan antara busker, pubscene dan mainstream ini tidak membawa industri ke hadapan dan mengajak semua pemuzik tidak kira siapa agar dapat bersatu dan menyokong satu sama lain demi arena muzik Malaysia.
Dalam siaran itu juga, beliau berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia (paling jauh Norway) berbekalkan bakat dan berkat kemahiran muzik anugerah Tuhan tanpa sebarang diskriminasi.
Muzza, yang juga anak kepada bekas gitaris kumpulan 80-an Heavy Machine, Lolen turut menyatakan kepentingan hal-ehwal bisnes seperti pendaftaran karya dan lain-lain. Naratifnya, ia untuk mengelakkan pihak-phak mengambil kesempatan (take advantage) terhadap para artis.
‘Syair Kepada Rakyat’
“Akhirnya, at the end of the day, kita bermain muzik dan mencari rezeki”.
Beliau turut membuat analogi bahawa pemuzik sepertinya ibarat sang penyair, yang menyampaikan syair kepada rakyat. Disukai atau tidak, terpulang kepada penerimaan tetapi ia perlu terus dipersembahkan.
Siaran juga diiringi celoteh dan keletah bersama isteri beliau yang sangat ‘supportive‘ sebelum diakhiri dengan persembahan online lagu seperti kumpulan Godbless.
Muzza memang dikenali sebagai seorang artis muzik yang sangat humble dan justeru, identiti yang disukai ramai. Dengan standard antarabangsa serta kualiti audio streaming yang sangat baik, tidak hairanlah persembahan online beliau boleh menjangkau sehingga 2,000 tontonan pada sesuatu masa. Gandingan bersama bapanya terutama bagi koleksi lagu-lagu Classic Rock adalah antara yang sering ditunggu-tunggu peminat.
“Jangan Down Kalau Tak Ada Orang Dengar Material Ko, Ko Buat Jer….”
Muzza juga sempat berkongsi tips kepada penggiat-penggiat muzik di luar sana agar jangan sesekali give up atau down jika lagu-lagu mereka tidak mendapat sambutan atau didengar ramai.
Tonton video penuh di: https://www.facebook.com/muzzahimself/videos/537984877180559
Baru-baru ini, Muzza juga telah mengeluarkan EP secara independen iaitu ‘Six String Riffle’ mengandungi 6 lagu beraneka style dan konsep. Ia menampilkan single utama, ‘Bangkitkan Derumanmu’ yang berentak pop-punk/Rock & Roll manakala variasi jelas kelihatan di antara lagu. Lagu ‘Runaway’ berentak reggae manakala ‘With You’ kedengaran seperti ‘1979’ Smashing Pumpkins dan pengaruh Steelheart dalam ‘Cinta Kita’.
Persembahan vitual Muzza boleh diikuti pada setiap Sabtu atau Ahad di laman Facebook beliau, Muzza’s Page.
#ChivasAlexandria