Pada 18 Februari 2023, penulis telah dijemput ke Rockin Jamz Hall Johor Bahru untuk majlis pelancaran album pertama Ali Idris dan Para Penonton (AIPP) bertajuk ‘Hujan September’.
Bertemakan mix genre, Acara ini dikelolakan oleh Spunkdok dan disertai oleh beberapa kugiran tempatan iaitu Since We Can Play, Hayley’s Komet, KALMS, Geografi, Iman’s League (SG), Crazy Grizzly, Modread, dan Naratu.
Acara bermula jam 4:30 petang, kesemua kugiran telah melakukan persembahan yang sangat baik dan kedatangan penonton memuaskan walaupun di hari tu terdapat beberapa acara di sekitar Johor Bahru. Ketika di set AIPP, penulis terpegun dengan apa yang mereka persembahkan bukan sahaja pada lagu malah kepada kredibiliti Ali Idris sebagai vokalis dan cara beliau berinteraksi dengan penonton juga tidak membosankan. Tambahan pula, bukan calang-calang ahli dalam kugiran ini. Boleh dikatakan hampir kesemuanya mempunyai nama yang besar dalam industri muzik di Johor Bahru.
Bukan itu sahaja, penulis ingin memberikan kredit buat Spunkdok kerana mereka telah melakukan tugas dengan sangat baik dan ketangkasan setiap krew telah membuatkan semuanya berjalan lancar. Acara ini berakhir jam 12:30 malam.
Penulis sempat bertanya kepada Ali Idris tentang perasaan beliau setelah acara berakhir dan ini merupakan jawapan beliau:
Secara keseluruhannya, Alhamdulillah kerana gig ini dapat berjalan dengan lancar. Aku bersyukur sebab gig ni aku dapat kenal kawan baru, aku dapat promosikan album ni dan paling penting aku rasa bermotivasi untuk maju ke hadapan. As a small band, it is an achievement for us dan event ni merupakan langkah pertama buat AIPP supaya lebih dikenali dan of course la lepas event ni, kitorang nak tour ke serata Malaysia. Korang doakan kitorang kayyy! Lost never dies brother!
Tahniah buat Ali Idris dan Para Penonton atas pelancaran album ini. Semoga kalian terus kuat menempuhi kehidupan dan terus sukses ya. Buat para penganjur, inilah masa terbaik kalian untuk membawa kugiran ini di serata Malaysia. Sekian.
Ikuti Ali Idris di: