Selepas penyunting (editor) Hit Parader Lisa Robinson menonton Ramones di sebuah gig di New York City, Lisa menulis tentang mereka dalam satu artikel dan terus menghubungi Danny Fields untuk menceritakan pengalamannya melihat persembahan Ramones. Danny meyakinkan Craig Leon untuk memperkenalkan Ramones, dan pada 19 September 1975, Ramones merakam demo bersama produser Marty Thau di 914 Sound Studios. Craig Leon memujuk presiden Sire Records, Seymour Stein untuk mendengar dan melihat persembahan Ramones dan tertarik, Seymour menawarkan kontrak rakaman kepada mereka.
Ramones mula merakam seawal Januari 1976, dan hanya memerlukan tujuh hari dan $6,400 untuk merakam album. Ramones menggunakan teknik yang sama seperti The Beatles gunakan dan menggunakan kaedah yang lebih maju oleh Craig Leon. Dan pada 23 April 1976, Ramones melancarkan album sulung mereka, Ramones, yang kini berusia 45 tahun.
Kulit hadapan album, diambil oleh jurufoto majalah Punk, Roberta Bayley, yang menampilkan empat anggota Ramones yang bersandar di dinding batu-bata di New York City. Syarikat rakaman hanya membayar $125 untuk gambar kulit hadapan album, yang sejak itu menjadi salah satu kulit album yang paling banyak ditiru sepanjang masa.
Keganasan, kekerasan, penggunaan dadah, isu perhubungan, jenaka dan nazisma adalah antara lirik yang paling menonjol dalam album. Blitzkrieg Bop sebagai pembuka album adalah lagu yang paling dikenali peminat. Kebanyakan lagu didalam album ini juga dikategorikan sebagai lagu pendek-pendek, yang hanya berdurasi dua ke dua minit setengah, tetapi lagu I Don’t Wanna Go Down to the Basement merupakan lagu paling panjang dalam album ini, dengan durasi 2:35.
Album ini tidaklah berjaya secara komersialnya, dengan menduduki tangga ke-111 dalam carta Billboard 200, walaupun mendapatan ulasan yang bagus dari pengkritik muzik. Banyak kemudian menganggapnya sebagai album yang sangat berpengaruh, dan sejak itu mendapat banyak penghargaan, seperti menduduki tangga teratas 50 Most Essential Punk Records majalah Spin.
Album ini juga dipertimbangkan sebagai sebuah album punk yang berpengaruh di US dan UK, dan impak signifikan terhadap muzik rock seperti grunge dan heavy metal. Ramones juga tersenarai ditangga ke-33 dalam 500 Greatest Albums of All Time majalah Rolling Stone tahun 2012, dan diiktiraf emas oleh Recording Industry Association of America (RIAA) pada tahun 2014.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #Ramones #SelfTitled #DebutAlbum