We Are The World: Lagu Amal Untuk Afrika

oleh Azam Gilmour
514 views

We Are the World merupakan sebuah album amal USA untuk Afrika, yang menampilkan lagu We Are the World, sebuah lagu yang dirakam oleh artis-artis terkemuka US dengan usaha bantuan kebuluran di Ethiopia.

Penulis kurang pasti ramai atau tidak yang tahu lagu ini, mungkin yang berusia 40’an dan 50’an tahu. We Are the World dicipta dan dikarang oleh Michael Jackson dan Lionel Richie, tetapi dinyanyikan oleh ramai artis lain lagi seperti Stevie Wonder, Kenny Rogers, Tina Turner, Billy Joel, Diana Ross, Bruce Springsteen, Cyndi Lauper, Bob Dylan dan ramai lagi.

Selain lagu itu, 9 lagi lagu belum pernah dikeluarkan “didermakan” oleh beberapa rakan artis lain termasuk Prince, Chicago, Steve Perry (Journey), Bruce Springsteen dan beberapa nama lagi untuk album ini. Northern Lights, sebuah supergroup dari Kanada turut menyumbang lagu Tears Are Not Enough untuk album ini.

Album ini terjual lebih 3 juta unit seluruh dunia. Menurut Billboard pada 27 April 1985, We Are the World menduduki tangga pertama selama dua minggu.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #WeAreTheWorld

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati