‘Fat Lip’ ialah satu antem pop punk oleh band Sum 41 yang dikeluarkan pada hari ini tahun 2001 melalui album mereka ‘All Killer, No Filler’. Sedar tak sedar, rupanya lagu tersebut telah menjangkau usia 20 tahun!
Namun, ia kedengaran masih mantap, terlampau ‘advance‘ dan seolah-olah tidak boleh disaingi oleh sesiapa atau mana-mana pop punk daripada generasi baru hari ini. Neck Deep? Nah, terlampau jauh macam langit dengan bumi. Yang lain-lain? Nampaknya tiada. Jadi Fat Lip adalah antem No. 1 Punk Rock di era milenium.
Menurut vokalis, Deryck Whibley lagu ini hampir-hampir tidak terakam dan menjadi lagu terakhir yang direkod bagi album ‘All Killer, No Filler’. Lagu ini berada di mana-mana sahaja – rangkaian MTV, soundtrack video game, kabel bolasepak Amerika dan berbagai lagi. Ia juga menjadi soundtrack filem nakal ‘American Pie’.
Kekuatan lagu ini pastilah terletak di bahagian intro riff gitar yang sangat ikonik. Menurut Deryck, lagu itu dibuat secara beransur-ansur bermula dengan riff gitar sebelum disusuli bahagan lain verse dan korus selama beberapa bulan. Kombinasi dengan aura rap dan heavy metal menjadikan lagu ini unik dan sentiasa meriah.
Lagu ni sebenarnya kombinasi old school Rap dengan Punk Rock…. Aku cipta riff intro tu pun pasal terpengaruh dengan elemen rap rock (Nu Metal) masa tu…
Selain ‘Fat Lip’, lagu Sum 41 lain yang besar ketika itu ialah ‘In Too Deep’. Nampaknya, sukar bagi band-band pop punk baru menandingi aura pop punk Sum 41 sehingga kini. Jadi, sehingga ke akhir milenium rasanya inilah lagu pop punk paling happening pernah terjadi di planet bumi, generasi akan datang pasti terus mengingati Sum 41 dan ‘Fat Lip’nya.
#ChivasAlexandria