Ready 2 Rumble: Liar dan Menggegar!

oleh Music Addicts Malaysia
866 bacaan

Oleh: Mizi The Island


Sebuah gig yang bernama Ready 2 Rumble telah diadakan di Ruas Store, Georgetown, Penang pada 9 Mac yang lepas.

Ruas merupakan sebuah venue di mana hampir kebiasaannya adalah port lepak untuk penggerak dan penikmat scene underground utara tanah air. Salah satu sebabnya adalah di dalam satu bangunan terdapat cafe yang menjual makanan, coffee house yang chill dan juga records store khas untuk penggemar kaset, CDdan vinyl. Dalam masa yang sama juga, Ruas hall turut dibuka untuk sewaan dan aktiviti gig kecil.

Acara Ready To Rumble kali ini diuruskan oleh Wave Of Musick dan dibantu oleh Wellesley Penang.

Pintu dibuka pada jam 5 petang dan band pertama, EYEROSIS bermula pada jam 7.00pm. Band dari Sungai Petani, Kedah ini membawa muzik New Generations Grindcore. Suara yang kasar memberi impak pada gegendang telinga dan bersesuaian dengan konsep yang mereka bawa, dalam masa yang sama mereka ini merupakan salah satu wakil dari Sungai Petani setelah agak lama tidak kedengaran band-band baru dalam scene Grindcore di sini. Syabas kepada team organizer kerana berjaya membawa masuk crowd yang hampir padat di ruangan Ruas walaupun mereka adalah band yang pertama.

Setelah berhenti sebentar untuk menghormati waktu Maghrib, band seterusnya dari Kuala Lumpur pula mengambil alih pentas. ARKIBA sebuah band baru tetapi ada line up dari band Lost Control juga di posisi gitar. Sebuah band pada aku yang mempunya vibe new gen dan melambangkan masa depan scene hardcore di malaysia semakin kuat. Dengan kepaduan vokal dan instrumentasi yang ampuh, mereka berjaya menarik crowd untuk masuk ke dalam hall hingga hampir 80 peratus penuh walaupun mereka adalah band kedua (kita sendiri tahu band awal ni selalu jarang ada crowd) tapi bukan untuk gig kali ini. Salute to Arkiba.

Sementara menanti band seterunya untuk berada di pentas, Emcee untuk gig ini saudara Haziq ada buat announcement untuk cabutan bertuah pertama iaitu skate socks dan cawan camping yang ditaja khas oleh PAPAN 7 LAPIS.

CONSIDE, sebuah band baru juga dari kuala lumpur pertama kali hadir ke Penang untuk show di Ruas Store. Dari amatan aku, Conside memang sebuah band yang mempunyai riff heavy seakan heavy melodic hardcore seperti scene era 90s New York.

Acara diteruskan lagi dengan sebuah band yang disebut-sebut sewaktu aku berada di luar hall dan aku sendiri tertanya-tanya siapa band ni? Tiba masanya untuk band EXCESSION. Sewaktu emcee mengumumkan nama band saja, aku yang berada di tangga dapat lihat crowd semua mula masuk kembali ke dalam hall. EXCESSION memulakan lagu pertama dan aku melihat sendiri yang band ini memang ada pengikutnya sendiri. Dari apa aku lihat, walaupun line up band muda-muda tapi sound mereka padat dan berat. Ini membuatkan crowd mula slam ke sana sini di hadapan stage. Aku harap dapat tengok lagi band ini pada masa akan datang dan mereka akan terus mengeluarkan material yang lebih padu.

 

Band seterusnya adalah NEGATIVE CREW dari Parit Buntar. Sebuah band yang aku perhatikan dari awal kemunculan mereka sampailah sekarang dan semakin hari semakin bagus. Memandangkan mereka aktif dalam scene Utara jadi mereka berjaya menarik crowd yang memang menanti untuk menyaksikan sendiri band ini beraksi. Pentas menjadi panas dan huru hara. Satu vibe yang fresh selepas melihat mereka singalong lagu-lagu yang memerlukan shout out dengan crowd.

Sejak dari awal aku berada dalam gigs ini, rata-rata band yang membuat persembahan adalah dari aliran hardcore. Segalanya berubah apabila CYCRYPTIC mengambil alih pentas.

Nama Cycryptic memang sudah dikenali dan berpengalaman bermain di pelbagai sirkit gig tempatan, jadi pihak organizer mengambil jalan berani dengan membawa band ini untuk bersama-sama bergabung dengan crowd scene hardcore. Pada aku, ada baiknya juga sebab bila ada gig yang bercampur begini banyak benda kita boleh belajar dalam scene kita yang indah.

Seperti biasa Cycryptic memang akan all out atas stage sampai habis 45 minit.Sempat aku bersembang dengan Rain selaku guitaris, dia agak selesa bermain gig macam ni sebab dapat membuka mata generasi baru untuk lihat macam-macam band yang bagus-bagus dalam Malaysia. Apa pun salute kepada semua crowd yang hadir.

Sambil menantikan band terakhir malam itu, emcee menyambung sesi lucky draw hasil tajaan DEATH OVER YOU CLOTHING, PALAU PEOPLE dan GARAGE MUSICK RECORDS.

Akhirnya band yang ditunggu-tunggu oleh semua crowd yang hadir malam itu, RUMPLESKIN mengambil tempat. Sebuah band anak muda yang energy dia lain macam, dengan kepaduan vokal yang heavy, riff dan breakdown yang memang padu dan crowd surf merata-rata di hadapan stage. Lampu disetkan warna merah dengan asap smoke machine yang nampak gempak. Crowd masuk 100 peratus dan kepadatan dalam hall memang jelas dan aku merasakan tak sia-sia menantikan mereka beraksi. Band ini aku dapat lihat masa depan yang agak cerah dan menarik sebab vokalis pandai control crowd dan agak friendly atas stage. So Salute dari aku.

Maka selesailah sudah sebuah gig yang pada aku sangat menarik dan happening. Time tak drag terlalu lama dan syukur semua berjalan dengan lancar. Crowd pun dapat dilihat mudah untuk makan dan minum sebab ada kemudahan cafe dan dibantu juga dengan FiloKopi yang membuka booth makanan di pintu masuk. Terdapat juga beberapa band yang membawa merch untuk dijual. kepada organiser, semua band dan crowds yang terlibat!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅