‘Tenang Sendiri’ : Puisi Dalam Lagu Yang Mendamaikan

Kolaborasi Zuuraa bersama pemuisi Imqeen dan Niche Hakim

oleh Boes!
972 bacaan

Setelah terluncurnya album estetik “No 1 issue minimal pop” sekitar akhir tahun lepas, Zuuraa sekali lagi mengatur langkah dengan tampil menerbitkan buah tangan terbaharu yang segar, santai dan ‘memulihkan’ (bak kata generasi sekarang). Sebuah karya berjudul ‘Tenang Sendiri’ yang mengiakan komposisi dan lirikalnya yang tersendiri. Belum lagi penulis move on daripada album mereka terdahulu, kini lagu ini pula menjadi lagu yang kerap diputar dalam senarai main penulis setiap hari.

Rilisan terbaharu ini mendapat kerjasama kolektif bersama Niche Hakim dan Imqeen sebagai penulis bersama yang turut menyumbang suara dalam lagu yang serba tenang ini. Lagu ini juga dihasilkan oleh Zurafendi (Zura) dengan penuh kasih sayang, Sebelum kita pergi lebih lanjut membedah lagu ini, mari kita bertanyakan sendiri kepada mastermindnya tentang penciptaan single terbaharu mereka ini:

Saya suka lagu ni, it took a split second untuk saya jatuh cinta dengan karya ini. Boleh ceritakan bagaimana idea untuk lagu ini terhasil dan bagaimana kolaborasi ini boleh berlaku?

Zura : Bermula dari tahun lepas, kami baru kenal Niche Hakim di ‘Kumandangzine acoustic session’ yang membawakan puisi dalam lagu, jadi kami tertarik dengan idea untuk collab dan lagu ini dihasilkan dari akhir Disember tahun lepas dan kami memerah idea dan lirik masing-masing dan juga menjemput Imqeem yang baru aktif bersajak.

Kredit : Zuuraa

Boleh kita lihat lagi kerjasama sebegini rupa di masa akan datang?

InsyaAllah jika ada idea untuk menulis lagu dengan mereka lagi. Dan kami juga open untuk collab ikut kepada lagu yg bersesuaian.

Kiranya lagu ini menang berbeza dengan album No 1 minimal pop yang telah diterbitkan akhir tahun lepas?

Yes, tak sama macam album kami dan masih lagi mengekalkan genre pop.

Terdapat lambakan lagu-lagu tenang dan healing yang pengkarya tempatan riliskan baik di mainstream mahupun bawah tanah sekarang. Bagaimana anda sebagai produser dalam memastikan lagu ni tak terlalu mencuba, just nice untuk sampai ke jiwa semua pendengar?

Lagu-lagu yang dihasilkan memang dari ilham yang datang dan kena dengan konsep puisi dan lagu, jadi kami tak menghasilkan sesuatu karya dengan keadaan memaksa dan juga tidaklah membanding-beza dengan karya-karya lain. Kami buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga pendengar.

Soalan terakhir, boleh bagitahu harapan untuk lagu Tenang Sendiri?

Single ini adalah yang pertama kali kami kerjasama dengan talented artists dan moga dapat didengari ramai, terima kasih kepada Abid, Danisha dan Imqeem kerana menjayakan single bersama dan harap dapat teruskan lagi berkarya di masa akan datang. Terima kasih.

Kembali kepada single Tenang Sendiri. Penulis tiada masalah dalam ‘menghadam’ lagu ini kerana produksinya mudah untuk dirasa dan disentuh. Bermula dengan petikan gitar yang membuai diiringi bacaan puisi ringkas oleh Imqeen yang membuka dan menangkap roh pendengar untuk terus takjub dengan keindahan lagu sehingga ke akhirnya. Lantunan vokal Niche Hakim untuk verse kedua juga ‘menambah perasa’ kepada kesedapan karya ini.

Penulis juga suka dengan penulisan liriknya terutama sekali bahagian korus yanng bersifat self-help dan memujuk diri, selari dengan konsep dan tema lagu. Pada penulis, bait-bait lirik sebegini mengajar pendengar untuk menenangkan diri dan berkata “semuanya akan okay belaka.”

Tenang sendiri
Tidak berteman
Cemburukan bintang
Berkumpul di awangan

Jangan bersedih
Sedangkan bintang
Akan menghilang
Kerana hujan

Bintang-bintang yang terang pun akan hilang.

Tiada kekurangan yang menjejaskan kualiti lagu pada pendapat penulis, cumanya pada penyampaian vokal Niche Hakim yang sedikit kurang jelas pada beberapa bait lirik yang dinyanyikan. Perlu didengar secara berhemat untuk mengetahui penceritaan beliau untuk verse kedua.

Kepada pembaca yang masih lagi belum berkesempatan untuk mendengar, Tenang Sendiri sudahpun berada di setiap platform pengstriman yang ada. Jemput dengar dan bersama-sama kita menghayati keindahan lirikan dan melodi lagu ini.

Ikuti Zuura di Instagram rasmi mereka untuk mengetahui perkembangan terkini.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅