Rock ‘n’ Roll Gaya Larseni

oleh Mohd Aqil Aiman
2.5K bacaan

Larseni adalah sebuah band yang menyusun elemen blues dan rock ke dalam muzik mereka, menjadikan band-band seperti The Beatles, Sex Pistols, David Bowie, The Rolling Stones, Led Zeppelin, Iggy Pop, Ramones, Hujan dan Oasis sebagai inspirasi utama dalam penulisan lagu.

Ditubuhkan pada tahun 2017, band ini dianggotai oleh sekumpulan rakan yang mencintai muzik. Ashraff dan Haziq, keduanya pemain gitar dan penyanyi merupakan pengasas Larseni. Kumpulan ini kemudian terus berkembang melalui pengambilan G dan Ali yang merupakan pemain drum dan bass. Mereka pernah melakukan beberapa persembahan di Minggu Muzik Malaysia di Dataran Merdeka, Live di AtasBijanFX dan Live Ruang Sempit di Atas Angin.

“Nama Larseni ini diambil dari perkataan Inggeris “Larcency” yang bermaksud pencurian harta benda peribadi. Kami memilih pendekatan mentah dan berani dalam nuansa muzik kami. Senang cerita, rock ‘n’ roll-lah!

Single pertama Larseni berjudul Sayang Sekali telah dihidangkan bersama sebuah video muzik (MV) pada 20 Mac 2020.

Mereka juga baru sahaja mengeluarkan EP sulung bertajuk Kotak Hitam dengan kekuatan tujuh buah lagu, dibantu oleh Cendana di bawah inisiatif CreateNow Funding.

Hey Kau dan juga Oh Sara merupakan dua lagu jiwang yang mendapat tempat di hati penulis. Selain itu, 5 tahun, Rnrkl, Malam yang terang dan Parit jiwamu adalah tiga buah lagu yang benar-benar membawa sound dan semangat rock ‘n’ roll dan mempunyai susunan lagu yang mantap. Cuma kiritikan penulis adalah dari sudut vokal yang mendatar di beberapa bahagian. Tone suara dah okay dan kena dengan lagu, tetapi cuma perlu lebih kawalan agar tidak tergelincir. Dari sudut adunan, bunyi gitar utama juga sering terkebelakang berbanding gitar kedua. Mungkin boleh diperbaiki lagi di rilisan-rilisan seterusnya.

Kalian boleh dengar EP Kotak Hitam secara terus di semua platform dengan mengetik Larseni di bahagian carian.

Untuk sebarang pertanyaan, panggilan wawancara ataupun panggilan persembahan, boleh hubungi Larsenidi:

Facebook

Instagram

Email: larseniband@gmail.com

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅