Smoke on the Water: Satu Kisah Benar

oleh Rahmat Mohd Did
1.5K bacaan

Deep Purple Mk1 sewaktu merakam album Machine Head di Montreux, 1971.

Rasanya hampir semua peminat muzik di seluruh dunia kenal lagu ini. Berada di kedudukan ke-32 dalam senarai 100 Lagu-Lagu Classic Rock Terbaik oleh laman web ultimateclassicrock.com, menjadi lagu terawal dipelajari di gitar, riff intro yang paling kerap dimainkan di kedai-kedai gitar sehingga “diharamkan,” termasuklah mitos bahawa lagu ini menceritakan tentang ganja.

Sebenarnya lagu ini adalah tentang kisah benar yang dialami oleh Deep Purple sendiri sewaktu mereka di Switzerland.

We all came out to Montreux,

On the Lake Geneva shoreline,

To make records with a mobile,

We didn’t have much time.

Pada 4 Disember, 1971, Deep Purple sedang merakam album Machine Head di sebuah kem di Montreux menggunakan studio rakaman mudah alih yang disewa daripada The Rolling Stones.

Frank Zappa and the Mothers,

Were at the best place around,

But some stupid with a flare gun,

Burned the place to the ground.

Malam itu, Frank Zappa and the Mothers of Invention sedang membuat persembahan di Montreux Jazz Festival di Montreux Casino berdekatan Tasik Geneva (lokasi mereka). Sewaktu Don Preston sedang menggoreng synthetiser untuk lagu King Kong, seorang penonton tiba-tiba menambak suar (flare gun) ke arah atap siling dan menyebabkan kebakaran.

Kejadian itu memberi inspirasi kepada gitaris, Ritchie Blackmore untuk mencipta riff intro yang kita kenali hari ini. Pemain bass, Roger Glover pula mendapat idea untuk tajuk Smoke on the Water sewaktu bangun tidur beberapa hari selepas itu dan menceritakan bahawa beliau bermimpi api daripada kebakaran tersebut merebak hingga ke Tasik Geneva seperti terapung di atas air dan ia sangat menakutkan. Penyanyi, Ian Gillan menyiapkan lagu tersebut dengan lirik penuh menceritakan peristiwa tersebut secara terperinci.

They burned down the gambling house,

It died with an awful sound,

Funky Claude was running in and out,

Pulling kids out the ground,

When it all was over,

We had to find another place,

But Swiss time was running out,

It seemed that we would lose the race.

Ketika kebakaran tersebut, Pengarah Montreux Jazz Festival, Claude Nobs (Funky Claude) sibuk membantu penonton di dalam kasino. Deep Purple pula terpaksa berpindah ke hotel yang lebih selamat. Masa mereka untuk merakam semakin suntuk kerana Ian Gillan juga tidak sihat ketika itu.

Selepas terbitnya album Machine Head pada bulan Mac 1972, ia menjadi album terlaris Deep Purple dan mengungguli carta di banyak negara. Di United Kingdom, ia berada di kedudukan 40 teratas untuk 20 minggu berturut-turut, manakala di Amerika Syarikat, ia kekal selama 118 minggu di carta Billboard Top 200!

Selain itu, album yang turut mengandungi trek-trek berbisa lain seperti Highway Star, Pictures of Home, Space Truckin’ dan banyak lagi ini dikatakan sebagai antara album yang membantu perkembangan awal genre heavy metal.


Siapa sangka, lagu yang ditulis secara spontan ini malar segar sehingga kini dan menjadi salah satu lagu paling penting dalam sejarah muzik popular.

Sumber:

1. The College of Rock and Roll Knowledge

2. Ultimate Classic Rock

3. Montreux Celebration

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅