Suasana di Lounge Bersama Mahsuri – ‘Iver Iver’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.2K bacaan

Merindui sesuatu yang suram dan seram? Penulis membawakan sebuah kugiran unik diberi nama Mahsuri dan mereka baru sahaja melancarkan single bertajuk Iver Iver di semua media platform pada 23 Januari 2023.

Sebelum ini mereka telah mengeluarkan beberapa single seperti Untuk Insan Jiwa Gelisah (2020) dan Yeah Yeah Yeah (2021). Ternyata Mahsuri agak konsisten untuk memastikan jenama mereka dikenali oleh seluruh penikmat muzik di Malaysia.

Sedikit pengenalan, Mahsuri merupakan sebuah unit kelahiran Kuala Lumpur dan memperjuangkan muzik alternative pop rock. Dianggotai oleh Gasko selaku vokalis, Ijaz Johari sebagai gitaris, Jemey di bahagian bass dan Andy mengemudi bahagian dram. Mereka telah menarik perhatian penulis ketika membuat persembahan di Malam Rock Kapak bertempat di Angkasa Space, Cheras pada tahun lalu. Menurut Gasko:

Mahsuri sebenarnya true and true Alternatif band. Aku nak Mahsuri jadi band ‘music atheist’. Aku tak suka sempitkan definisi muzik dalam pembuatan muzik Mahsuri, dan aku tak nak Mahsuri ulang apa yang kita dah buat. Aku percaya signature sound sesebuah band tu boleh dedifinisikan not based on genre, tapi personaliti, mentaliti dan karektor sound band tu. Pengalaman hidup manusia ni perasaannya macam spektrum, makanya untuk zahirkan spektrum perasaan tu perlukan pelbagai sound dan adunan genre. Aku taknak pilih satu genre/sound dan zahirkan semua perasaan manusiawi dengan satu genre tu saja. Mungkin bagi sesetengah orang yang dah dengar tiga-tiga lagu kitorang kat Spotify rasa kitorang ni takda hala tuju, but untuk build up dan fahamkan karektor Mahsuri, pendengar perlukan lebih banyak materials dari Mahsuri. Baru orang boleh nampak pattern dan detect personaliti Mahsuri. Setakat ni baru tiga lagu, more upcoming songs in our EP, insyaAllah.

Cerita di sebalik karya terbaru ini, Iver Iver dicetus oleh Gasko Ali dan disusun oleh semua ahli kugiran manakala adunan dan mastering dikelola oleh Kemat dan Ruvi dari Radiycal Studio.

Aku deal nak record dengan ruvi antara sebabnya adalah aku sangat obses dengan sound mix/master Kemat. Aku dengar sound kemat secara dekat melalui album Leaism, Kesuma. Otak aku kena rogol dengan sound album tu. Sangat padu. Masa tu ruvi buat pakej artis indie sempena pandemik, so sangat murah. Ruvi buat strings untuk lagu ni, which is level Godlike punya strings. Arrangement semua di beri guide oleh aku nak macamana, dan team Ruvi menifest it to real world. Aku selalu rasa bersalah dengan team ruvi sebab aku sangat cerewet. Bayar dah la ciput cerewet pulak kan hahah. Bekerja dengan Ruvi ajar aku banyak perkara dari sudut professionalism dan sound. Hasilnya macam yang kau dengar sekarang.

Jika dilihat dari dasar, lagu ini tampak simple dan elegan. Namun jika kita kupas dengan lebih mendalam, Iver Iver membawa kita ke satu situasi seperti di bar atau lounge dan ada persembahan dari sebuah kugiran iaitu Mahsuri. Penulis tertarik dengan elemen lagu ini iaitu mood suram dan seram. Ternyata formula mereka menggabungkan jazz, pop dan sedikit sentuhan alternative rock itu menjadi. Cara Gasko menyanyikan lagu ini seolah-oleh menarik jiwa setiap pendengar dan ternyata menjadi. Bukan itu sahaja, gesekan strings juga turut menjadikan mood lagu ini lebih gelap dan tajam. Penulis juga tertanya tentang cerita asal single ini dan ini jawapan Gasko:

Iver Iver ni aku dah tulis lama. 2019. Masa ni memang fasa Mahsuri produktif garap lagu. Tapi malangnya pandemik hits. Jadi kami tak mampu garap sama2 lagu ni. Ada satu fasa dalam pandemik di mana semua musicians indie berhimpun di apps Clubhouse, sebab PKP. Masa tu banyak room2 perform music, macam gig, tp in Clubhouse. Dan Iver Iver ni dapat sambutan hangat kat sana. Paling tak boleh lupa aku perform Iver Iver satu room dengan Zee Avi. Dan dia sangat suka lagu tu. Dan kat situ jugak aku berkenalan rapat dengan Ruvi. Dan deal untuk record Iver Iver asalnya untuk solo projek aku.

Secara keseluruhan, Iver Iver telah membawa penulis ke satu dimensi baharu dalam dunia muzik bukan sahaja dalam susunan lagu malah lontaran melodi juga memainkan peranan penting dalam sesebuah material. Penulis hairan kenapa lagu ini masih belum mendapat sambutan di luar sana sedangkan trek ini mampu membawa Mahsuri lebih jauh dan mampu mengisi ruang di drama televisyen dan radio.

Tahniah buat Mahsuri atas single yang hebat. Penulis mendoakan kesejahteraan di masa hadapan dan tidak sabar untuk menonton persembahan kalian di pentas. Jumpa lagi.

Ikuti perkembangan Mahsuri di:

Twitter

Instagram

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅