‘Tak Mungkin’ – Cerita 10 Tahun Victoria’s Love Letter

oleh Aniq Ammar Ekhwan
826 bacaan

Victoria’s Love Letter hadir dengan single pertama mereka iaitu Tak Mungkin di saluran YouTube pada 9 Ogos 2023.

Dikenali sebagai VLL, mereka dipengaruhi oleh kugiran seperti Switchfoot, We the Kings, Peterpan dan Exists (Mutant Era). Mungkin ada yang kenal, ada yang tidak. Tapi kali terakhir aku mendengar perkembangan mereka adalah sekitar 10 tahun lepas dan kini mereka kembali sebagai unit baharu dianggotai oleh Yen (vokal/gitar), Aifi (gitar), Nua (bass) dan Raff(dram).

Secara jujur, VLL tak pernah ada apa2 aktiviti selepas lagu Tak Mungkin dilancarkan 10 tahun lalu kecuali practice macam biasa. Selepas 6 bulan macam tu VLL ditubuhkan, kita decided untuk berehat sebab masing2 sudah sibuk dengan kehidupan. Tapi pada bulan 2 tahun 2023, aku (Yen) berjumpa dgn Drummer VLL sekarang, Raff dan kita membuat keputusan utk re-boot semula Victoria’s Love Letter.

Menurut Yen, Tak Mungkin menceritakan kisah cinta remaja dan berkait dengan seseorang yang rapat dengan mereka di mana beliau ditinggalkan oleh teman wanita ketika di universiti serta menyebabkannya gagal dalam peperiksaan. Walaupun selepas semuanya reda, gadis itu ingin kembali menjalin cinta namun ditolak oleh rakan mereka kerana sudah ‘move on’. Trek ini juga terinspirasi daripada FT Island, All Time Low dan Big Mama (Japan).

Plan VLL untuk kekal relevan adalah kita tak boleh stick dengan satu jenis music sahaja. Perlu ada variety dalam bermuzik tapi tidak semestinya mengikut trend music semasa. Setiap rilisan kita cuba untuk buat sesuatu yang lain, tapi masih mengekalkan identity VLL.  Kedua, kita akan cuba untuk aktif di dalam scene, sama ada virtual atau fizikal. Ketiga, VLL mungkin tidak akan terikat dengan muzik sahaja, kita ada perancangan untuk jadikan VLL ni satu UNIT/company dalam industri perniagaan, terutama sekali yang melibatkan show business.

Selepas mendengar trek ini, aku berpendapat ia masih relevan walaupun telah 10 tahun tersimpan dalam arkib Soundcloud dan masih mempunyai identiti yang tersendiri. Aku tertarik dengan vokal bersahaja Yen dan permainan instrumen mereka namun tidak kepada produksi kerana aku merasakan mereka boleh membuat lebih baik. Mungkin boleh rekodkan lagu-lagu lain di studio yang lebih berkualiti di masa hadapan. Selebihnya tiada masalah.

Next for VLL? For next year, mengikut KPI, sebelum bulan 10, VLL harus berada di dalam radar2 gig/shows organizer besar dan festival besar di Malaysia. Target utama VLL adalah untuk memastikan VLL akan memasuki liga/market mainstream, and maybe Indonesia/Singapore market kalau ada rezeki Insyaallah.

Tahniah buat VLL, semoga kalian sukses di masa hadapan.

Ikuti VLL di:

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅