Malayneum 23 – Butterfingers Mahu Ulang Magis Sekali Lagi

oleh Uzai
1.1K bacaan

Butterfingers di sidang media Malayneum 23.

Penulis: Uzai


Penggemar muzik tanahair terutamanya fans berat Butterfingers pastinya akan teruja dengan khabar berita bahawa band legenda ini akan mengadakan sebuah lagi konsert yang berskala besar pada tahun ini iaitu Malayneum 23. Pada petang Khamis yang lalu, sebuah sidang media telah diadakan bagi memberi sedikit sebanyak maklumat tentang konsert ini.

Menjawab tentang mengapa konsert ini ingin diadakan, Butterfingers ada jawapan mereka yang tersendiri. Album Malayneum dirasakan tidak cukup diraikan oleh fans mahupun band itu sendiri ketika album tersebut diterbitkan pada tahun 2001. “Era Malayneum ni macam tak berapa sangat..Masa tu show pun macam sepi sikit..”, ujar Kadak. “Rasanya album ni naik selepas indie scene meletup”, tambah Kadak lagi. 

Bagi Emmet pula, ianya satu konsert di mana beliau hanya ingin menikmati saat-saat yang ada sekarang. “Just wanted to get to know the band again, not really chasing the dream anymore and yeah, just enjoying the moment“, jawab Emmet ketika ditanya tentang perkara tersebut.

“Kami bukan band karaoke.” – Loque.

Loque memberitahu bahawa konsert Malayneum akan disajikan dengan lagu-lagu “kek lapis”, rare dan mungkin juga lagu yang dicipta semasa zaman childhood mereka. “Nak main semua lagu tu mungkin tak lah, kami bukannya.. band karaoke”, kata beliau sambil tersenyum. Emmet juga menambah bahawa beliau akan kembali bermain gitar pada konsert kali ini.

Apabila ditanya pula tentang kemungkinan material baharu seperti lagu atau album baharu, Loque menjawab, “Kita guna falsafah Melly Go Slow Slow dulu…Ya, kita memang ada memasak, ada juga beberapa plan nak re-record demo, cuma sekarang kita ingin fokus meraikan album-album lama dulu”.  Loko pula menambah, “Album baru tu mungkin jauh lagi”.

Kita semua bimbangkan kesihatan, kan?” – Loko.

 

Berikutan insiden tidak berapa baik yang terjadi pada Kadak di konsert Transcendence lalu, rata-rata ahli Butterfingers mengambil perkara itu sebagai sebuah pengajaran. “Kita sudah pun bersiap sedia, jaga kesihatan, jaga diet demi konsert kali ini. Yang kami bimbangkan? Hmm, bagi saya kita semua bimbangkan kesihatan, kan?”, jawab Loko apabila ditanya tentang kebimbangan Butterfingers untuk konsert ini. Kadak pula berharap semua peminat dapat mendoakan kesihatan beliau dan akan improve untuk masa akan datang.

“Idea nama Malayneum? Idea ni sebenarnya datang daripada sahabat lama yang bernama Boy. Beliau adalah seorang pengarah yang pernah buat cerita bertajuk Malayneum. Dari situlah datangnya idea nama album tersebut”, jawab Loque apabila ditanya tentang asal usul nama Malayneum itu sendiri.

 

“Mungkin sekarang dah jadi girl kot? Sebab lama dah tak jumpa kan haha”, tambah Loko berseloroh.

Stadium Malawati dipilih sekali lagi kerana mereka ingin mengulangi magis dan merasakan tempat itu sangat ikonik bagi Butterfingers sendiri.  Mereka ingin mengetengahkan vibe Malayneum pula kali ini kerana album tersebut telah membawa Butterfingers breakfree daripada style grunge dan membawa sesuatu yang lebih mellow, simple dan lebih tersusun. Mungkin selepas Malayneum ini berjaya, akan ada pula konsert bagi album Selamat Tinggal Dunia dan Kembali pula? Untuk itu, marilah kita sama-sama support dan jayakan konsert Malayneum 23 ini.

Tiket sudah mula dijual di sini.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅