The Fatalis secara rasmi dengan barisan muktamadnya ditubuhkan pada pertengahan Disember 2016. The Fatalis adalah sebuah kugiran fuzz rockl dan disuntik sedikit dengan elemen-elemen rock yang lain.
Dianggotai oleh Aiman Mufti di posisi dram, Shariman Shuhaime mengisi ruang bass, Faiq Aizad dengan gitar solonya dan Adib Azfar sebagai pemain gitar ritma dan juga sebagai vokal.
The Fatalis telahpun melahirkan beberapa rilisan termasuk EP, dan juga terlibat di dalam sebuah kompilasi. Pada tahun 2019, band ini telah menerbitkan album sulung mereka iaitu Ledakan Paradigma yang mengandungi 8 buah lagu dan merancang untuk mengadakan jelajah sekitar Malaysia dan negara-negara jiran akan tetapi rancangan itu telah di ketepikan kerana Pandemik Covid-19.
Kini, The Fatalis akhirnya kembali dengan album terbaharu berjudul Quasssar yang berasal dari kombinasi perkataan inggeris iaitu ‘Quasar’ dan perkataan bahasa melayu, ‘Kuasa’. Konsep album ini adalah tentang bagaimana seorang manusia yang mempunyai kuasa luar biasa yang selama ini mengawal kosmik minda demi meneruskan hidup, atau kata lainnya semangat untuk hidup.
Lagu-lagu di dalam album ini secara keseluruhannya lebih groovy berbanding rilisan sebelum ini. Pada bahagian lirik pula, banyak menjurus ke arah muhasabah diri dan berfikir secara lebih positif dalam mengharungi hidup yang kian mencabar dan penuh dugaan dan fitnah.